ads

Isnin, 16 September 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


05/09/2013: Persiapan sambutan Hari Malaysia <b>di Kota Kinabalu</b> <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 05:31 AM PDT

Persiapan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini di Taman Prince Philip Tanjung Aru berjalan lancar.

Dijangka lebih 50-ribu pengunjung hadir memeriahkan sambutan itu yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berpuas hati dengan persiapan itu berkata, sambutan itu amat penting bagi rakyat Sabah kerana detik bersejarah itu juga merupakan sempena 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas meninjau tapak sambutan itu bersama Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Datuk Seri Ahmad Shabery berkata, sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Taman Prince Philip juga unik kerana kawasan itu mempunyai nilai sejarah kemerdekaan negeri ini.

Datuk Seri Najib juga dijangka melancarkan Tanjung Aru Eco Development yang terletak bersebelahan Taman tersebut. Dijangka hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin.

JULIANA (DONNY/COV)

~mfja~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved