ads

Rabu, 18 September 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


(GAMBAR) Polis Tembak Mati Suspek Kes Bunuh <b>di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 02:22 PM PDT

Polis menembak mati seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh selepas cuba menyerang anggota polis ketika cuba ditahan dalam kejadian di Kampung Koyah B, Paris 3, di Kinabatangan, petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superitendan Martin Lugu berkata suspek yang mati ditembak itu dikenali sebagai Andis Tawan berusia lingkungan 40 tahun. Suspek mati di tempat kejadian selepas terkena tembakan di bahagian dada ketika menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau dalam kejadian jam 3.30 petang.
Sebelum kejadian, suspek dikatakan bermain sabung ayam dalam kebun kelapa sawit berhampiran tapak majlis perkahwinan sebelum menikam seorang lelaki, Agus Jamal, 33, yang turut serta dalam permainan itu ketika menghadiri kenduri terbabit kira-kira jam 1 petang pada hari yang sama," katanya.
Beliau berkata isteri mangsa yang berusia 22 tahun kemudian membawa suaminya yang cedera parah akibat ditikam ke Hospital Daerah Kinabatangan sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di sana.
Martin berkata, anggota polis berkejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada isteri mangsa.
"Anggota polis yang berjaya mengesan suspek meminta suspek menyerah diri, bagaimanapun suspek bertindak ganas dengan menyerang polis menggunakan sebilah pisau menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai badan suspek bagi mempertahankan diri," katanya.
Beliau memberitahu pemeriksaan ke atas beg galas suspek menemui sarung pisau dan tiga paket plastik kecil yang berisi hablur lutsinar disyaki dadah jenis syabu.
Martin berkata, mayat suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan untuk dibedah siasat. Kes terbabit di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved