ads

Khamis, 22 Ogos 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


15/8/2013: Lebih Banyak Perumahan Rakyat Akan Dibina <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 01:41 AM PDT

Lebih banyak perumahan rakyat akan dibina di bawah skim Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi manfaat penduduk di Sandakan.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Insinyur James Wong berkata, selaras selepas Sandakan disenarai sebagai perintis bagi projek menempatkan semula penempatan atas air ke kawasan lebih baik di bawah penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).

Menurutnya, langkah diambil bagi mengatasi masalah di beberapa kawasan penempatan atas air khususnya yang dilihat membawa ancaman keselamatan, alam sekitar serta kesihatan.

Beliau berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, MPS di Sandakan.

Ketika ini, Sandakan mempunyai empat PPR yang baru iaitu Gum-Gum, Taman Murni, Jalan Dato Tay serta Rancangan Sungai Manila selain Taman Mesra.

~FLA (dman/COV/wn)

~mdre

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved