ads

Ahad, 4 Ogos 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


WikiSabah News: Bekas warga Filipina tilik nasib <b>di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 01:43 AM PDT

Lebih kurang 30 tahun dahulu, Liza berhijrah ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang lebih besar.

Pekerjaan pertama untuk Liza yang berasal dari Filipina adalah sebagai pembantu rumah dengan gaji bulanan sebanyak RM150.

Walaubagaimanapun, pekerjaan ini tidak bertahan lama kerana sikap majikannya.

"Saya lari dari majikan saya sebab mereka kejam pada saya," ujar Liza.

Menurutnya, kehidupan ketika itu adalah amat susah kerana gajinya tidak bertambah walaupun kerjanya kian hari semakin meningkat.

Urutan daripada itu, Liza bertekad untuk menjadikan kehidupannya lebih bermakna dengan menilik nasib dan merawat penyakit.

Kini, Liza menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga luar negeri untuk mendapatkan rawatan.

Liza yang bertubuh kecil dan peramah, berasa teruja dan bangga dapat merawat pesakit dengan menggunakan ubatan tradisional.

Liza juga menyatakan bahawa ilmu untuk menilik nasib dan merawat penyakit ini diwarisi daripada nenek moyangnya. Tambahan pula, dia mesti mematuhi beberapa pantang larang yang membolehkannya merawat pesakit.

Menurut Liza, lebih kurang 20 hingga 30 orang mengunjunginya saban hari untuk mendapatkan pelbagai rawatan.

"Saya tidak minta mahal, (kalau) tidak saya kena sakit," ujar Liza yang mengenakan bayaran mengikut kemampuan pelanggannya.

Setelah 31 tahun menetap di Malaysia, Liza telah pun mendapatkan taraf kewarganegaraan.  Kini dia tinggal di sebuah kampung di Penampang, Kota Kinabalu dan mempunyai sebuah rumah sendiri dan sebuah kereta.

Walaupun sudah lama menetap di Sabah, Liza juga masih menanggung anak-anaknya yang masih berada di Filipina.

Menurut bancian kerajaan, lebih kurang 1/3 daripada penduduk Sabah adalah terdiri daripada golongan imigran dari Filipina. Masalah pendatang haram dan pemastautin tidak sah adalah salah satu masalah yang membelenggu Sabah.

Sejak tahun lalu satu Siasatan Suruhanjaya Diraja telah dimulakan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved