ads

Sabtu, 17 Ogos 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


PETRONAS Anjur Kem SPM, STPM <b>di Papar</b> | The Borneo Insider

Posted: 14 Aug 2013 04:21 AM PDT

August, 14, 2013 - 7:21 pm
INTERACTIVE ... One of the students sharing his views at the camp

Para peserta mendapat kaunselling waktu di kem lima hari itu.

PAPAR: Petronas baru-baru ini menganjurkan kem Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dihadiri oleh lebih 250 pelajar dari 10 sekolah di sekitar Papar.

Kem selama lima hari itu berlangsung di Dewan Masyarakat Papar dan melibatkan beberapa bengkel untuk pelbagai mata pelajaran bagi menyediakan peserta dalam menghadapi peperiksaan masing-masing.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limauan, SMKA Tun Mustapha, SMK Benoni, SMK Bongawan, SMK Bongawan II, SMK Kinarut, SMK Majakir, SMK Takis, SMK St Mary Limbahau dan SMK St Joseph.

Antara mereka yang hadir ialah pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi PETRONAS serta unit-unit di bawah PETRONAS seperti Pendidikan dan Pembelajaran, Pusat Sumber Petroleum (PRC), serta unit tajaan pendidikan.

Kem itu menyediakan pengalaman yang berharga kepada peserta kem. Menurut seorang daripada mereka, "Para pemudahcara telah berjaya menjadikan kem itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan."

Kem anjuran Kimanis Power Sdn Bhd – syarikat usahasama antara PETRONAS Gas Berhad dan Yayasan Sabah – diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Papar. Ia bertujuan mendedahkan peserta dengan asas literasi informasi dan memperlengkapkan mereka dengan pengetahuan sebagai persiapan untuk melangkah ke alam pendidikan tinggi.

Terdapat juga sesi mengenai teknik-teknik melakukan pencarian dalam talian yang dikendalikan oleh pasukan literasi informasi PRC yang bertujuan menyediakan panduan mengenai pengunaan dan akses Internet secara selamat serta pendekatan yang betul dalam menilai maklumat yang diperolehi dalam talian.

Melalui sesi ini, pelajar dapat melihat sendiri contoh sebenar bagaimana literasi informasi dapat membantu mereka dalam pembelajaran seharian.

Sementara itu, pelajar dari SMK St Mary, SMK Majakir dan SMK Limauan muncul pemenang dalam kategori kumpulan terbaik dan memenangi buku-buku rujukan untuk perpustakaan sekolah masing-masing.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved