ads

Sabtu, 24 Ogos 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


14 aktivis bantah TPPA ditahan <b>di Sabah</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 19 Jul 2013 08:26 PM PDT

KOTA KINABALU 20 Julai: Seramai 11 aktivis Badan Bantah TPPA di Sabah ditahan Polis semasa mengadakan protes membantah rundingan perjanjian itu di hadapan Sutera Habour Kota Kinabalu Sabah pada 20 Julai lalu.

Menurut Penyelaras NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Ahmad Syukri Razab, aktivis terbabit ditahan kira-kira jam 8.30 pagi dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Karamunsing. Manakala tiga lagi ditahan semasa bersolidariti di hadapan IPD berkenaan.

Mereka yang ditahan ialah Mohd Asraf Sharafi Mohd, Harieyadi Karmin, Ardin  Manja, Johan Muhammad, Mohd Saifuddin Ahmad, Mohd Firdaus Muhammad Noor, Aliff b Basri, Akhdan Sheik Shah Sabang, Lahirul Latigu, Mohd Fathihie Gadius, Mohd Hisham Jais, Mohd Abdillah Matlin, Sheryne Olivia Yahcob dan Laizah Laida.

Kumpulan itu mengadakan protes bagi membantah rundingan ke 18 perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dikatakam sedang berlangsung di Sutera Habour, Kota Kinabalu Sabah.

Menurut Syukri,  Harieyadi Karmin selaku Pengerusi Gabungan Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) memberitahu, kumpulan itu sekadar membuat protes biasa depan pintu utama Sutera Habour dengan mengangkat sepanduk membantah TPPA dan diiringi ucapan pemimpin rakyat.

Harieyadi memberitahu, penganjur setuju berpindah tempat kira-kira 50 meter dari pintu utama Sutera Habour selepas berunding dengan pihak polis. Namun, setelah berpindah, polis datang sekali lagi dan menahan 11 aktivis serta merampas kain rentang mereka.

Kata Syukri, berdasarkan maklumat daripada Abdul Razak Jamil iaitu Peguam yang mewakili kumpulan itu, polis masih tidak membenarkan beliau bertemu dengan anak guamnya.

"Beliau juga dimaklumkan pihak Polis akan menjalankan ujian air kencing ke atas semua tertuduh sebelum melalui proses siasatan seterusnya.

"Pihak Polis juga memberi jaminan semua yang ditahan akan dibebaskan selepas proses soal siasat selesai," kata Ahmad Syukri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54445

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved