ads

Ahad, 11 Ogos 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Lelaki maut, abang parah dalam nahas jalan raya <b>di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2013 03:53 AM PDT

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut manakala abangnya parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 114 Jalan Sandakan-Lahad Datu semalam.

Mustari Tamrin, 23, mati di tempat kejadian manakala abangnya, Jamal Tamrin, 25, cedera parah di rusuk kiri serta mengalami pendarahan otak dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, kereta yang dipandu Jamal hilang kawalan dan masuk ke laluan kanan lalu bertembung dengan lori 10 tan yang datang dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Sandakan," katanya sambil memberitahu bahawa pemandu lori terlibat tidak cedera.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sandakan Devi Rashedee Ensoi berkata pihak bomba terpaksa memotong bahagian duduk penumpang hadapan

untuk mengeluarkan Mustari yang tersepit di bahagian kaki.

Operasi mengeluarkan mangsa melibatkan lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang diketuai Penyelia Johny Yap, katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved