ads

Selasa, 30 Julai 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Ibu tunggal rentung dalam kebakaran <b>di Sandakan</b> ABN News | BM

Posted: 13 Jul 2013 09:21 AM PDT

SANDAKAN – Seorang ibu tunggal mati dalam keadaan rentung di rumahnya di Taman Indah Jaya dekat sini pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Hasnah Astan, 42, yang mayatnya ditemui di tepi katil di dalam bilik utama di tingkat atas rumahnya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Devi Rashedee Ensoi berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess of Kent.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 8 malam yang memusnahkan tingkat atas rumah tersebut.

Beliau berkata pihak bomba seramai 16 anggota beserta dua jentera mendapati api sudah merebak di tingkat atas sebaik mereka tiba.

Pihaknya turut terpaksa memotong kunci mangga pagar dan pintu utama di tingkat bawah untuk masuk ke dalam rumah.

Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa tinggal bersama anak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun, namun ketika kebakaran kedua-duanya tidak berada di rumah.

Punca kebakaran sedang disiasat. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved