ads

Selasa, 23 Julai 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Berita Terkini <b>Lahad Datu</b> Malaysia? | Berita Semasa

Posted: 04 Mar 2013 06:37 PM PST

Berita Lahad Datu Hari Ini

Berita terkini lahad Datu Malaysia : Tiada lagi ruang untuk berunding untuk kumpulan pengganas seperti ini. Daripada awal lagi seperti yang pernah kami katakan (DI SINI) cara untuk menyelesaikan dengan kumpulan pengganas seperti ini bukannya dengan cara rundingan.

Sebab? Mereka telah secara terang-terang mencabuli kedaulatan dan keamanan negara dengan menceroboh sempadan negara bersama-sama dengan senjata api. Dan bagi kami ini ini perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali….Tetapi……

Tetapi Berita Semasa, mereka ini beragama Islam? Hukuman tidak membezakan agama yang dianuti. Salah tetap salah. Setiap negara ada peraturan dan undang-undangnya. Tidak kira orang luar mahupun orang asing wajib patuhi. Jikalau hajat mereka untuk berunding, apa perlunya membawa senjata api? Mahu mencabar kerajaan Malaysia & kedaulatan negara?

  1. Soal Sultan Sulu mahu berunding
  2. angkitkan perjanjian 1863 pajakanMalaysia dengan Inggeris, itu soal kedua

Berita lahad datuSekarang ini kita mesti tumpukan perhatian dalam soal nyawa, keselamatan & wilayah Malaysia Sabah. Tidak boleh diizinkan sama sekali anasir asing menceroboh negara kita sehingga menimbulkan keresahan dan ketegangan di kalangan rakyat Sabah terutamanya seperti apa yang berlaku sekarang

Bersama-sama ini, kami kongsikan bersama berita terkini lahad Datu Malaysia secara langsung (LIVE) dari Kampung Tandou, Lahad Datu Sabah Malaysia yang sedang berlakunya pertempuran di sana:

Berita Terkini Lahad Datu Malaysia 5 Mac 2013

  • 1.54 petang: Berita terkini kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
  • Lebih banyak insiden keganasan akan berlaku di kawasan terbabit.
  • 1.42 petang: Berita terkini Lahad Datu Malaysia melalui laporan ABS-CBN bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.
  • 1.30 petang: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat.
  • 1.15 petang: Pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis 'media' kepada wartawan di pusat media supaya lebih mudah untuk dikenalpasti
  • 1.08 petang: The Star dalam laporan berita terkini di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.
  • 1 petang: Dalam satu lagi laporan berita terkini Lahad Datu Malaysia pada 12.43 tengahari, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat".
  • 12.50 tengahari: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar dan ditempatkan dalam dewan.
  • 12.44 tengahari: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan berita terkini Lahad Datu Sabah Malaysia mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.
  • Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
  • Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.
  • "Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita… Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."
  • 11.54 pagi: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi yang difokuskan di perasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.
  • Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi pembersihan. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.
  • 11.50 pagi : Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina. Keduataan ditutp buat sementara waktu
  • 11.35 pagi : Laporan berita terkini yang dipetik daripada sumber polis, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan keselamatan Malaysia.
  • 11:25 pagi : Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol yang terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo, lahad Datu Sabah
  • 11:10 pagi : Bercakap dalam satu akhbar dalam penumuman berita terkini Lahad Datu Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.
  • 11 pagi : Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.
  • "Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.
  • 10.57 pagi : Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo. Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.
  • 10.45 pagi : Berita terkini Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan apabila
  • orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini
  • 10.17 pagi: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya. Walaubagaimanapun, pengikut Azzimudie masih kekal dan bersedia bertempur semula
  • 10.15 pagi: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com – portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.
  • "Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bukan rakyat Filipina."
  • 10.07 pagi : Azzimudie mengulangi kenyataan sebelum ini yang mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.
  • "Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.
  • 10.09 pagi: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.
  • Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
  • 9.55 pagi: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.
  • 9.45 pagi : Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.
  • Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.
  • "Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.
  • "Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita – hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.
  • 9.41 pagi : Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom yang didakwa telah mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
  • 9.37 pagi : Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
  • 9.15am: Berita terkini Di bandar Lahad Datu sabah Malaysia, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
  • 9.11 pagi: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
  • 8.54 pagi: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
  • 8.45 pagi : Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan. Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
  • 8.19 pagi : Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berita terkini hari ini.
  • 8:18 pagi : Berita terkini Lahad Datu malaysia setakat ini di mana satu letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang sedang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

Berita Terkini Lahad Datu Malaysia : 4 Mac 2013

  • Sekitar 4 petang : Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai pada waktu malam ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.
  • Seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu pada malam itu juga untuk mendapatkan barangan keperluan

Terus terang kami katakan, kita tiada masalah langsung pasukan keselamatan yang mahu digunakan bagi membanteras krisis pencerobihan Lahad Datu ini samada pihak polis ataupun tentera, kerana kami yakin dengan kebolehan pasukan keselamatan yang kita miliki setakat ini.

Tetapi…..tetapi kami yakin dan percaya, krisis pencerobohan Lahad Datu Malaysia ini boleh diselesaikan dengan lebih segera berbanding apa yang berlaku sekarang ini jika "pihak atasan" mempercayai kredibiliti dan kewibawaan pasukan keselamatan yang kita miliki. Berikan mereka kebebasan kepada komandan untuk melaksanakannya tanpa campurtangan politik yang keterlaluan. Di waktu-waktu beginilah kita sepatutnya menggunakan kepakaran yang mereka miliki selama ini. Bila lagi?

P/S : Sama-sama kita doakan semoga pasukan keselamatan Malaysia diberikan terus kekuatan dan semnagat dan berjuang habis-habisan dengan pengganas lahad Datu Sabah Malaysia ini….

PP/S : Mohon kongsikan bersama berita terkini Lahad Datu Sabah Malaysia & respon balas anda bersama-sama kami di sini

Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved