ads

Selasa, 23 Julai 2013

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


10/04/2013: Sembilan individu ditangkap <b>di Beluran</b>… | BERITA <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 04:20 AM PDT

Sembilan individu iaitu dua wanita dan tujuh lelaki ditangkap semalam dan pagi ini di Beluran kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas sulu dari selatan Filipina.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 20an hingga 50an itu ditangkap di beberapa lokasi di daerah tersebut.
Katanya, pihaknya  juga telah merampas beberapa dokumen dan juga wang serta peralatan-peralatan lain.
"Kesemua mereka kini ditahan di IPD Sandakan dan siasatan akan dijalankan, tangkapan di bawah Seksyen 4 (1) SOSMA dan jika ada bukti kukuh, kita akan tuduh mereka di bawah Seksyen 130 dan dibaca bersama (SOSMA)" beliau menyatakan demikian kepada media di Kota Kinabalu.
Datu Hamza berkata, pasukan keselamatan akan terus menjalankan usaha mengesan pengganas mahupun yang mempunyai hubungkait dengan pengganas tersebut.
Tambahnya, tangkapan di Beluran merupakan satu petunjuk baru kerana sebelum ini tangkapan hanya dilakukan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Hamza berkata, 17 lagi mayat pengganas dikebumikan semalam di beberapa lokasi di negeri ini.
Sehingga kini, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 seramai 181 orang manakala lain-lain kesalahan seramai 334 orang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved