ads

Ahad, 16 Jun 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Khabarkini: Polis Rampas Telor Penyu Seludup <b>Di Sandakan</b>

Posted: 03 Jun 2013 03:30 PM PDT




SANDAKAN - Polis Gerakan Marin (PGM) di sini merampas 6,500 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk ke daerah ini dalam dua operasi berasingan pada Khamis dan Jumaat lepas. 
Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan Insp Sri Vikneswaran Renganathan berkata telur penyu tersebut diseludup dari negara jiran untuk pasaran haram di daerah ini. 
Katanya rampasan pertama dilakukan pada Khamis kira-kira pukul 4 pagi selepas pihaknya melakukan operasi di kawasan pesisir pantai Kampung Forest dekat sini dan mengesan sebuah bot pam. 
Ketika serbuan dilakukan, juragan bot tersebut melarikan diri ke dalam kawasan hutan bakau dan dalam bot tersebut ditemui 3,000 biji telur penyu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Beliau berkata operasi kedua dilakukan pada hari berikutnya di kawasan tepi sungai Kampung Obar di Batu 7 dekat sini pada pukul 7 pagi. 
Menurutnya anggota PGM terserempak dengan sebuah bot dipandu laju meninggalkan kawasan itu dan hasil pemeriksaan menemui 12 plastik mengandungi 3,500 biji telur penyu. 
Sri Vineswaran berkata maklumat orang ramai telah membantu pihaknya membanteras penyeludupan telur penyu ke daerah ini. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved