ads

Jumaat, 21 Jun 2013

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Suara Rakyat: Pembangunan <b>Kota Belud</b> kini <b>di</b> Pundak Datuk <b>...</b>

Posted: 12 May 2013 05:27 AM PDT

Kota Belud yang mempunyai satu kawasan Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri dan mempunyai penduduk seramai 98 ribu orang dengan pengundi berdaftar 54 ribu, untuk lima tahun akan datang pembangunannya terletak di pundak Datuk Musbah yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri makanan negeri untuk penggal kedua.
Kota Belud merupakan kawasan Jelapang Padi negara yang baru, selain kawasan-kawasan pertanian yang lain seperti Agropilitan dan penanaman getah serta program-program perikanan yang berskala besar, selain menjadi Pusat Minyak dan Gas negeri.
Sebelum pembubaran DUN pada 3 April untuk membolehkan PRU-13, Kota Belud diwakili tiga pembantu Menteri dalam Jemaah Menteri sabah; namun salah seorang daripada pembantu menteri itu tidak bertanding dalam PRU, manakala seorang lagi gagal mempertahankan DUNnya.
Walaupun Kota Belud hanya diwakili oleh seorang dalam jemaah menteri, namun hubungan baik yang lama terjalin antara Ketua Menteri Sabah sebagai Ketua Kerajaan akan membantu Datuk Musbah membangun Kota Belud.
Datuk Musbah tidak akan keseorangan membangun Kota Belud. Kapasiti Tan Sri Pandikar sebagai Speaker Dewan Rakyat juga akan membawa impak kepada pembangunan kawasan itu, apatah lagi untuk lima tahun akan datang, akan dibantu oleh ADUN Usukan yang baru sahaja dipilih Datuk Salleh selepas sepenggal tidak menyertai pilihanraya.
Suatu kawasan akan mempercepat pembangunannya kalau terwujud peluang-peluang pekerjaan mahupun perniagaan. Inilah fokus utama para wakil rakyat Kota Belud seperti mana tercermin selama 14 hari kempen PRU-13.
Harapan Penulis sebagai pengundi dan anak watan Kota Belud, pada PRU-14 nanti, semua janji-janji selama kempen PRU-13 akan menjadi kenyataan, agar mudah untuk berkempen pada masa itu. InsyaAllah.

Kelapa Mawar: <b>KOTA BELUD</b> PERLUKAN PUSAT BANDAR BARU?

Posted: 10 Jun 2013 03:24 AM PDT

Masalah kesesakan lalulintas yang tidak ada penghujungnya, masalah tempat parking yang tidak dapat menampung bilangan kenderaan dan masalah pembinaan bangunan-bangunan kedai yang semakin membanyak dalam kawasan yang terhad, adalah antara masalah besar yang dihadapi oleh pekan kota Belud dalam meraksayakan inspiraai pembangunan di pekan koboi itu. Di Tambah lagi dengan karenah MDKB yang seakan tidak mempedulikan kebersihan dan keselamatan pekan itu, membuatkan idea membangunkan satu lagi pusta bandar bagi daerah kota belud mula dirasai keperluannya.

Idea membangunkan satu kawasan pentadbiran yang terasing dari pusat bandar kota belud telah lama direalisasikan. Kawasan Tempasuk iaitu di kawasan dimana kompleks sukan Butung telahpun didirikan pusat jabatan-jabatan pentadbiran kerajaan seperti Jabatan penerangan dan Jabatan Pendaftaran negara. Di awal pencetusan idea itu, keperluan 'melarikan' beberapa pejabat kerajaan dari pusat bandar dilihat relevan untuk mengelakkan kesesakan orang ramai yang berurusan. Namun setelah lebih 10 tahun, kawasan berkenaan pula tidak dibangunkan sebagai pusat bandar kota belud yang kedua. Kawasan berkenaan hanya dikunjungi oleh mereka yang berurusan dengan pejabat-pejabat berkenaan sahaja. Akibat itu, pekan kota belud terus dilanda kesesakan kerana tidak mampu ,menampung pertambahan penduduk luar jangka dan pertambahan bilangan kenderaan yang kemudian berikutan dengan pertambahan penduduk tersebut.

Datuk Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan bandar dan Kerajaan Tempatan, harus melihat ini sebagai mekanisme baru penyuraian masalah kesesakan di pekan itu setelah proses pembesaran jalanraya dari Kg Kuala Abai ke Pekan menemui jalan buntu apabila pengambilan tanah tidak dapat di selesaikan sepertimana yang di dakwa oleh MP KB itu dalam blog rasminya suatu ketika dulu.

Beberapa kawasan yang berdekatan dengan pekan Kota belud, boleh dijadikan asas landskap dalam pengembangan kependudukan pembangunan pinggir bandar. Kawasan lebak moyoh , mungkin agak sesuai tetapi akan cepat sesak kerana kawasan itu telahpun dibangunkan dengan taman-taman perumahan yang menyaksikan harga hartanah di kawasan berkenaan melonjak naik.

Satu lagi kawasan yang berpotensi yang mungkin boleh difikirkan ialah kawasan teluk Usukan yang telahpun secara rasminya diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah bakal dijadikan pusat sokongan industri minyak dan gas. Projek berimpak tinggi ini bukan sahaja akan menyelesaikan masalah pengangguran dengan penyediaan peluang pekerjaan kepada belia dan penduduk Kota belud, tetapi juga ia akan merubah landskap kawasan itu menjadi kawasan yang membangun dan indah. Justeru itu cadangan menjadikan kawasan tersebut sebagai new town bagai pekan KB, mungkin ada kebenarannya. Melainkan jika kerajaan mempunyai kawasan lain yang lebih berpotensi.Jika kawasan ini menjadi realiti sebagai sebuah pekan baru, ia juga menjadi pengimbang pertumbuhan ekonomi demostik apabila kawasan Tempasuk benar-benar menjadi kawaan Jelapang padi negeri Sabah.

Hanya kawasan Kadamaian yang bakal dimajukan sebagai eco pelancongan, berdasarkan bentuk muka bumi kawasan tersebut yang berada id bawah kaki gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia bersama desiran sungai kadamaian yang jernih dan mendamaikan.

Jika ketiga-tiga kawasan ini dapat dibangunkan dengan potensi yang sudah dikenalpasti, tidak mustahil Kota Belud akan muncul sebagai Pekan pertama di negeri ini yang mengecapi status daerah maju etidak-tidaknya 20 tahun dari sekarang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved