ads

Sabtu, 29 Jun 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


PERCUMA Latihan Kemahiran <b>Di</b> Pusat Kraftangan Sabah, <b>Keningau</b>

Posted: 26 Jun 2013 12:56 AM PDT

Sabah sebuah negeri yang terkenal dengan jumlah etnik yang banyak, dianggarkan lebih 80 etnik di negeri tersebut, sekali gus menyaksikan kepelbagaian bahasa, budaya dan kraftangannya yang bukan sahaja terkenal di peringkat domestik tetapi turut merentasi persada dunia.

Pusat Kraftangan Sabah di Keningau yang dibuka sejak akhir 2011 memberi peluang kepada generasi muda mempelajari cara pembuatan kraftangan tempatan.

Antara latihan yang disediakan di pusat tersebut ialah:
    • Ukiran batu 
    • Seni anyaman dan kraftangan
    • Seni pertukangan kayu dan ukiran
    • Lukisan batik Sabah
    • Jahitan.
Mengenai hasrat Ketua Menteri Datuk Musa Aman yang inginkan kraftangan keluaran Sabah pergi jauh ke peringkat global selain latihan, faktor kualiti dan pasaran perlu diberi perhatian khusus untuk memastikan hala tuju produk kraf negeri ini mampu bersaing dan setanding dengan hasil keluaran negara lain.
Dari segi peningkatan kualiti, amat perlu difikirkan bahawa penghasilan kraftangan tempatan itu mampu memenuhi kehendak pengguna dan penggemar. Ia dapat diterima dalam kalangan masyarakat sebagai gaya hidup harian sama ada untuk kegunaan sendiri, hiasan atau bahan cendera kenangan.

Penduduk luar bandar yang tinggal berhampiran pusat kraf dan di seluruh negeri ini khususnya wanita, golongan belia dan beliawanis yang berminat dalam bidak seni kraf dipelawa mengikuti latihan di Pusat Kraftangan Sabah secara percuma.


Dengan melahirkan pengusaha produk kraf yang mahir dan berilmu, peluang pekerjaan sentiasa terbuka luas kepada mereka.

Kumpulan Yayasan Sabah yang mana sehingga kini telah melatih lebih 15,000 penduduk tempatan untuk bergiat aktif dalam industri tersebut. Latihan kemahiran bagi mempelajari pelbagai jenis kraftangan itu dikendalikan tenaga pengajar berpengalaman.
Pusat Kraftangan Sabah yang benilai RM30juta itu merupakan pusat sehenti bagi latihan dan pemasaran produk kraftangan, selain memajukan kemahiran keusahawanan dalam kalangan penduduk tempatan.
Menjadi kelaziman bagi pelancong yang datang menikmati keindahan pulau-pulau dan hutan tropikanya serta hidupan liar di sini, akan turut memilih barangan kraftangannya sebagai cenderamata kenangan untuk dibawa pulang ke negeri atau negara masing-masing.-McmdKK

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved