ads

Jumaat, 3 Mei 2013

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Klinik <b>Nabawan</b> janji 1999,Janji ditepati tak leh pakai UMNO/BN

Posted: 04 Apr 2013 12:21 AM PDT

by Mohd Haizuren Abdullah 
 
Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut

"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."

Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.

Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..

(Keluhan seorang penduduk Nabawan)

PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2013 09:37 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SK Layon, <b>Nabawan</b>, Sabah | Qarl

Posted: 06 Nov 2012 12:22 AM PST

SK Layon, Nabawan Sabah

Salaam and hola to all my dearest readers,

Ok, make it simple and sweet. LOL. A week after my graduation (Oct 4) i telah diberitahu penempatan daerah dan sekolah untuk i mengajar which is SK Layon, Nabawan, Sabah. Frankly, masa mula2 dpt tahu daerah Nabawan tu, i terduduk tersipu malu #over haha, i terduduk kaku. Dah la time tu dkt booth ZianaZain Ventures di PWTC. Never heard of Nabawan before. Macam-macam wild imaginations appeared dlm kepala otak i ni haha. Mixed feelings. Tp i accept it dgn sabar, redha dan pasrah. Kerjaya guru yg i pilih selama ini kan, so, face it. Agak short notice, two days lepas dpt tahu daerah dan sekolah, i dah pun terbang ke sana. Turun airport KK dan on d 16th i lapor diri. There were 16 of English teachers yang kena posting dlm daerah ini, and total of 27 schools yg ada, sah2 la takde pun yg dpt satu sekolah sekali kan? Ha Ha Ha.

Hijau bumi Allah swt. Sepanjang perjalanan ditemani tumbuhan hijau dikiri dan kanan.

Macam inilah rupa jalan untuk menuju ke Perkampungan Layon

Tipulah kalau kata tak cuak kan? redha redha pun bergenang air mata gak haha. Paling terasa masa dlm perjalanan dari Kimanis to Keningau. Melalui Banjaran Crocker di malam yang hening, cuak sungguh. Dalam hati, eh bukan dlm hati dah, mulut i trus berkata-kata "jauh jugak nak mencurahkan ilmu nampaknya." Doa je banyak2 sepanjang melalui banjaran tu. yelah 1st time kan, gelap mlm plak, dah nama pun banjaran kan, bleh bayangkan tak? Ha Ha Ha. The next day lapor diri tu, ok lagilah gelak2 happy2 sbb dpt jumpa gak budak2 TESL lain yang kena posting situ kan. Tapi kegembiraan diragut begitu sahaja. Ok Haiqal tolong jgn drama sgt! Ha Ha. Kerani sekolah i yg bawa i pulang ke sekolah. Perjalanan memasuki Jalan Karamatoi, laluan jalan kelapa sawit sampailah kawasan berbukit bukau, jalan gravel ok, tanah merah, berbatu besar, memang menari bangra sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah ku lewati. Ok drama balik dah!

Ini lah jalan untuk masuk ke kawasan sekolah dan rumah guru. Kalau hujan lebat, memang lecak.

Itulah rumah guru tempat i tinggal. Ok la kan sbb kerajaan yang buat. Nampak je piring-piring Astro, tapi takde pun kat rumah i tu haha. And pondok kecil tu adalah RMT (so called kantin". And normal lah, ada puluhan anjing berkeliaran. Jinak.

Almost 3 hours jugak jalanan yang berliku baru sampai Perkampungan Layon. I dah diam je dah terkedu. Jenis transport yg leh masuk dlm ni 4wheels la, motor pun bleh tapi sila tukar tayar kepada jenis lain, tubeless etc. Ok, sekolah i ni dalam kategori pedalaman P2. Actually seawal 30 minit pertama perjalanan dah terputus hubungan. Line telefon tiada. And kawasan sekolah i, kampung tu mmg tiada line telefon. Bayangkan. Ha Ha. I tinggal dlm sebuah rumah guru. Alhamdulillah lega sebab ada Muslim gak dlm rumah i. Perkampungan Layon ni mostly Murut dan 98% kat situ penganut agama Kristian. Sekadar info lah ye. Dekat sini lah kita kena belajar respect each other kan? Walau dimana dicampakkan, kena pandai bawa diri, jaga diri dan ini sebenarnya for me, ruang serta peluang untuk lebih lebih lagi mendekatkan diri kepadaNYA.

inilah sekolah i. snap dari veranda rumah. Ada 4 kelas, tahun 1, 2&3 gabung, 4&5 gabung, tahun 6. Bayangkan cabaran kelas gabung! Staffroom ada, bilik spbt, library sekali.

Ini pula kelas pemulihan. Kat sekolah i ni takde pra sekolah, bayangkan bila diorang dalam tahun 1.

Bayangkan my house takde tv. So, mmg takde source of entertainment la. Borak-borak pun kadang2 penat dah. So disinilah pentingnya laptop dan simpanan segala bagai movies dlm external ye. Games pun membantu. Terlalu banyak masa yang terluang. Yelah bayangkan i 2 weeks tak keluar dari kampung ni, and ada one weekend ni i sorang-sorang kat umah sampai i terdetik "aku ni bisu ke". Not even a word uttered from my mouth dat day tau! Ha Ha. Kawasan di Layon ni berbukit2, so kawasan sekolah dan rumah guru dalam satu bukit yang sama dan satu bukit lagi kawasan penduduk kampung. Agak jauh gak dlm 500m-1km. Bayangkan budak2 jalan kaki jauh2 nk g mencari ilmu. Tears.

Ni snap dari veranda rumah i gak. Kalau korang zoom, akan nampak satu perkampungan yang jauh. Itulah tempat tinggal murid2 sekolah. Diorang lalu sungai etc.

Alhamdulillah elektrik dan air ada. Air tangki tadahan hujan. Elektrik dari solar dan kdg2 blackout jugak. Bab makan plak, next entry la i share ok? Ha Ha. Tibe2 penat menulis, boleh? Ok, next time plak i share lagi.

Anyways, ramai yang bertanya i sanggup ke tahan ke duk sini. Sanggup ke tak, tahan ke tak, i'll be here selagi diperlukan. InshaAllah i'll try my very best bantu anak2 watan kat sini utk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. expose diorang to the real world. Mungkin 3-5 years akan berada disini. Dalam segala kepayahan dan kesukaran yang Tuhan uji, dia sebenarnya bagi sejuta lagi kemanisan. Masa yang panjang yg kita kena pandai-pandai sendiri isi, jimat wang selain lebih murah rezeki. Siapa kata jadi guru hidup susah? And please kerjaya guru bukanlah semudah yang korang sangka. Takde pekerjaan lain ye yang ditempatkan di ceruk-ceruk pedalaman ni. I was lucky gak sbb seteruk teruk tempat i banyak lagi kawan2 i yg kena posting di kawasan yang lebih dan sangat mencabar. Ada yg kena jalan kaki 5-6 jam dalam hutan, blom lg naik bot, dan ada bot yg karam dah baru-baru ni, luckily they were safe, ada gak yang terserempak dgn buaya etc. Tapi i respect semua kawan-kawan dalam batch i dan even guru2 di Malaysia yang sahut cabaran posting mengajar di pedalaman. Oklah setiap pekerjaan ada cabarannya kan? Fine kang i kena bash plak kan? LOL. Kepada semua guru di Malaysia, chaiyok chaiyok! Marilah kita bekerja dengan ikhlas hati dan senyuman. Amboi, senangnya berkata-kata! Ha Ha. Trust me – you will when you believe! Ok, awesome people yang tengah baca my entry ni, baca gak caption2 kat gambar2 dlm entry ni. Nak share entry ni, silakan. See ya next time. Take care, jangan lupa solat dan Assalamualaikum.

Seawal 6 pagi. kabus, embun pagi.

Related Posts:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved