10 di lahad datu - Google Blog Search |
KPN: Keselamatan <b>di Lahad Datu</b> terkawal pada hari pengundian <b>...</b> Posted: 25 Apr 2013 05:44 PM PDT Posted on April 26, 2013, Friday SEREMBAN: Polis memberi jaminan tahap keselamatan di Lahad Datu, lokasi pencerobohan kumpulan pengganas di pantai timur Sabah, berada dalam keadaan terkawal menjelang dan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak polis sentiasa berhubung rapat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang diketuai Panglimanya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam menyusun-atur strategi penempatan pasukan keselamatan di sana. "Ops Daulat masih lagi sebenarnya belum berakhir. Sememangnya, pasukan keselamatan terdiri polis dan tentera masih lagi berada di sana. Selain daripada kekuatan polis Sabah, kita masih lagi mempunyai kekuatan pasukan keselamatan di Semenanjung yang kita hantar di sana. "(Selain daripada polis, tentera), APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan sebagainya masih berada di sana…Saya yakin dan puas hati dengan tindakan yang telah kita ambil. Insya-Allah, keadaan di Sabah sejak beberapa minggu adalah baik," katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke kontinjen Negeri Sembilan di sini, semalam. Beliau berkata, pasukan keselamatan ketika ini ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu bagi menghalang mana-mana pihak pengganas daripada mengganggu-gugat keharmonian dan proses pengundian nanti. Katanya, hari penamaan calon Sabtu lalu yang menyaksikan ramai orang keluar rumah adalah bukti terbaik bahawa keadaan di Lahad Datu ketika ini terkawal. Mengulas laporan akhbar semalam mengenai 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina ketika cuba memasuki perairan Malaysia, Ismail berkata Panglima ATM akan berhubung dengan rakan sejawatnya di Filipina untuk pengesahan perkara itu. Mengulas perkembangan insiden letupan yang menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki semasa ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal, beliau berkata polis masih menjalankan siasatan. Katanya, orang ramai tidak perlu gusar akan perkara itu kerana pihak polis telah meningkatkan rondaan serta menempatkan anggota polis di tempat-tempat ceramah bagi memastikan insiden berkenan tidak berulang. Dalam pada itu, Ismail berkata beliau berpuas hati dengan perancangan dan persiapan polis Negeri Sembilan dalam menghadapi hari pengundian pada 5 Mei ini. Beliau berkata pihak polis sudah bersedia untuk menjalankan tugas di semua saluran yang telah ditetapkan begitu juga di tempat pembuangan undi, tempat penjumlahan undi. Beliau memberi jaminan proses PRU akan berjalan lancar. "Keadaan ketika ini bukan sahaja di negeri Sembilan tetapi keseluruhan adalah terkawal dan beliau mengingatkan sesiapa yang cuba mengganggu keharmonian PRU13 sepanjang tempoh kempen sehinggalah menjelang 5 Mei ini, akan ditangkap dan didakwa secepat mungkin," katanya. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
ptptn mansuh pinjawan perwira terkorban <b>di lahad datu</b> - Belia Bangkit Posted: 28 Apr 2013 07:38 AM PDT KANGAR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memansuhkan bayaran balik pinjaman perwira negara, Allahyarham ASP Zulkifli Mamat yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah pada Mac lepas. Pengurus Besar Kanan PTPTN Tuan Din Tuan Mat berkata pinjaman pembiayaan PTPTN dilindungi takaful dan para waris peminjam yang meninggal dunia tidak perlu membuat bayaran balik. Ketika berucap pada majlis penyampaian khairat kematian PTPTN kepada balu Allahyarham Zulkifli, Nor Aziah Noor, 28, di Taman Ira Jaya dekat sini, beliau berkata selain memansuhkan pinjaman Allahyarham berjumlah RM16,250, waris juga menerima wang khairat kematian RM1,500. Allahyarham membuat pinjaman PTPTN semasa melanjutkan pengajian Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian di Universiti Utara Malaysia Kedah. Nor Aziah bersyukur kerana PTPTN memansuhkan pinjaman itu di samping menghulurkan wang khairat kematian. Sepanjang tahun lepas PTPTN menyerahkan tuntutan khairat kematian berjumlah RM877,000 kepada 754 waris peminjam manakala antara Januari dan 31 Mac lepas sebanyak RM124,500 dikeluarkan kepada 92 waris. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan