10 di lahad datu - Google Blog Search |
- TuaranTV.com™: Dalang Disebalik Pencerobohan <b>Di Lahad Datu</b>?
- Ada penglibatan politik 'luar biasa' <b>di Lahad Datu</b>- bekas Jeneral ATM
- Insiden tembakan <b>di Lahad Datu</b> konspirasi terancang Umno – Tian <b>...</b>
TuaranTV.com™: Dalang Disebalik Pencerobohan <b>Di Lahad Datu</b>? Posted: 26 Feb 2013 01:56 AM PST Sudah hampir dua minggu dari hari pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari 2013.. Macam seorang rakan FB aku cakap, " there's something fishy with this invasion.. ".. Yup, aku pun fikir macam tu & rasanya ramai berfikir hal yang sama.. " something wrong, somewhere ".. Dan ternyata, mungkin andaian itu tak tersilap bila tersebarnya gambar dan beberapa laporan tentang penglibatan seorang personaliti politik yang terkenal dengan kontroversi dan kaki-putar-belit-fakta.. Yup! As U can see here.. The personality yang dimaksudkan adalah Dato' Seri ANWAR IBRAHIM.. Aku tak rasa dengan gambar yang sekeping ni dapat mengukuhkan dakwaan.. Sebab as we now that DSAI ni pakar dalam memutar-belit, sedangkan video rakaman yang jelas skandal seks beliau dengan chinadoll tu pun dapat dia nafikan inikan pula takat gambar sekeping.. kan.. TAPI.. Jacinto's writes that "reports said the men are members of the Sultanate of Sulu and North Borneo and the Moro National Liberation Front (MNLF), and that some of them were armed, who are active in the campaign to reclaim the Malaysian oil-rich island which is part of the Sultanate." Jacinto also disturbingly writes that "The intrusion occurred just as former Malaysian leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, also Pakatan Rakyat de facto leader, proposed that Sabah be granted autonomy." Anwar Ibrahim, a Rizalian scholar, is known as a stalwart against the ruling UMNO party-led coalition in Malaysia. Now we should not be involved in the domestic politics of Malaysia. Hurm.. Macamana pula dengan laporan akhbar The Manila Times? For sure DSAI akan cuba nafikan hal ini, dan for sure kroni dia akan cuba sebaik mungkin melindungi pemimpin agung mereka ni kan.. Yup, they did.. Kalau pun benar ada pemimpin Pakatan Rakyat terlibat, ia mungkin hanya melibatkan pemimpin di Sabah sahaja. Kenapa Anwar pula yang nak dijadikan kambing hitam? - Suara Pakatan Rakyat Now! PR trying to menyalahkan pemimpin tempatan Sabah pula.. Hurm.. Pemimpin yang mana yang dimaksudkan? Dari pandangan peribadi aku, kenyataan PR sangat tidak masuk akal.. Ya, Sabahan leader mungkin berbeza dari segi fahaman politik.. TAPI mereka masih meletakkan kepentingan SABAH untuk penduduk dan rakyat sebagai priority dan aku tak rasa pemimpin tempatan sanggup kehilangan TANAH TUMPAH DARAH mereka kepada anasir luar.. Dengan kenyataan sebegitu, wajarkah DSAI diangkat sebagai seorang HUGUAN SIOU? |
Ada penglibatan politik 'luar biasa' <b>di Lahad Datu</b>- bekas Jeneral ATM Posted: 30 Mar 2013 11:19 PM PDT (Oleh: Aedi Asri) KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu. "Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan," "Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi 'Command and Control', tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka. "Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman," katanya. Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia. "Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan," katanya lagi. Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya. "Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana? "(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu)," katanya lagi. Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48774 |
Insiden tembakan <b>di Lahad Datu</b> konspirasi terancang Umno – Tian <b>...</b> Posted: 28 Feb 2013 10:32 PM PST (Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. "Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing. "Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily. Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian. Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini. Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini. Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya. Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah. "Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan. "Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh," kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut. Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung. Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46232 |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan