ads

Rabu, 15 Mei 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


12/5/13: Unit Kawalan Sungai Ditubuh <b>Di</b> Kawasan Lindungan <b>...</b>

Posted: 12 May 2013 03:31 AM PDT

Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), dengan kerjasama Program Pemuliharaan Orang Utan Kinabatangan (HUTAN) dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), menubuhkan Unit Kawalan Sungai untuk membantu jabatan itu memberi perlindungan kepada gajah dan hidupan liar lain di Kawasan Lindungan Hidupan Liar Hilir Kinabatangan (LKWS).

Pengarah JHLS, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata inisiatif itu dibiayai Elephant Family United Kingdom dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (Kita).

Katanya, pewujudan Unit Kawalan Sungai akan membantu JHLS memantau hidupan liar serta ancaman terhadap hidupan liar di sepanjang Sungai Kinabatangan dan di kawasan LKWS.

Beliau menyatakan perkara itu dalam satu kenyataan di Kinabatangan.

Tanggungjawab mengurus Unit Kawalan Sungai diberikan kepada dua anak tempatan Kinabatangan iaitu Mohd Syafendy Yajit dan Sudirman Sawang.

Kedua-dua mereka yang merupakan Warden Hidupan Liar Kehormat JHLS mempunyai pengalaman luas bertugas dengan HUTAN, selain pengalaman di lapangan terutama berkaitan gajah.

alizaali/Brnm

[mdre]

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved