ads

Isnin, 1 April 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Tiada bukti pengganas berbelanja <b>di Tawau</b> - The Borneo Post Online

Posted: 15 Mar 2013 04:50 AM PDT

by AMIR ANUAR. Posted on March 15, 2013, Friday

TAWAU: Pihak polis menafikan desas-desus yang mengatakan kononnya wujud bukti pembelian barang makanan oleh sekumpulan lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas di premis beli-belah di sekitar daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besaar Dullah, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pekerja ataupun pemilik premis yang dimaksudkan tidak melihat ataupun mengetahui kehadiran individu-individu berkenaan.

"Kita tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan wujud pengganas ataupun pihak tertentu yang membeli barang makanan dalam kuantiti yang banyak untuk dibekalkan kepada pengganas di lokasi yang dinyatakan oleh orang awam," katanya.

Awang berkata, pihaknya menerima maklumat yang mengatakan kononnya ada sekumpulan lelaki yang tidak tahu berbahasa Melayu dan mencurigakan dilihat berada di Batu 8 dan Batu 10 Jalan Apas di sini.

Ekoran itu, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah panik dan cuba menimbulkan huru-hara dengan menyebarkan khabar angin mengenai kehadiran pengganas di daerah ini.

"Sekali lagi saya tegaskan, tahap keselamatan di daerah ini terkawal dan masyarakat diharap sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan pengesahan berhubung sebarang maklumat terlebih dahulu," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

sambutan peringati Hari Polis 206 <b>di tawau</b> istimewa ~ Mee String

Posted: 27 Mar 2013 10:34 AM PDT


TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah menyifatkan sambutan peringatan Hari Polis ke 206 di sini sangat istimewa berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, walaupun keadaan kurang menyenangkan berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu namun penghargaan dan peringatan kepada warga polis tetap dilakukan.

"Bagi kami ia adalah istimewa kerana walaupun dalam keadaan yang kurang menyenangkan akibat insiden di Lahad Datu tetapi kita masih boleh mengadakan perbarisan, perhimpunan dan peringatan untuk warga polis,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara dan memeriksa kawalan perbarisan bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 peringkat daerah Tawau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, sokongan kepada warga polis pada sambutan kali ini juga lebih pada tahun ini khasnya daripada pesara-pesara polis dan masyarakat yang sentiasa menghargai sumbangan yang dilakukan pasukan polis.

"Mereka datang beramai-ramai dan memberi sokongan padu dan memberi semangat untuk terus berjuang kepada pasukan polis kita,''katanya lagi.

Terdahulu seramai 34 orang terdiri daripada anggota polis dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) menerima sijil penghargaan daripada Awang Besar.

Sementara itu, beliau juga menyeru pesara-pesara polis memberi kerjasama dalam menyalurkan dan mendapatkan maklumat bagi memastikan ketenteraman di kawasan mereka lebih terjamin.

"Kita harap pesara polis terus menjadi telinga dan mata polis kerana sentiasa berdamping dengan masyarakat, mahir dengan keadaan sekitar dan tahu keperluan penduduk sekitar mereka,'' uajrnya.

Mereka ini juga katanya, berpengalaman dari segi kepolisan malah ada yang pernah terlibat dalam dan terlatih walaupun lama sudah tetapi semangat mereka ini masih kental dalam perjuangan memastikan keselamatan negara.

Jelasnya, orang ramai juga jika ingin mengetahui atau menyalurkan maklumat mengenai sesuatu kejadian boleh terus berhubung dengan polis atau pesara-pesara polis yang mereka kenali.

Pada majlis itu, sebanyak RM10,000 disumbangkan kepada Tabung Wira Lahad Datu oleh Syarikat Standra Sdn Bhd dan RM1530 daripada Persatuan Pemilik Pemandu Teksi Rumpun Melayu (PERSARUM)
-nst

Kem PLKN <b>di Tawau</b>, Sandakan ditutup sementara – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 04:49 AM PDT

by Clarice Usopclater_2812@yahoo.com. Posted on March 19, 2013, Tuesday

Abdul Hadi (tengah) bersama para jurulatih PLKN di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

Abdul Hadi (tengah) bersama para jurulatih PLKN di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

TAMPALURI: Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini, iaitu di Kem PLKN San Shui, Tawau dan Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan ditutup buat sementara waktu bagi kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang akan diadakan mulai 30 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Abdul Hadi Awang Kechil berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu perjumpaan dan dialog bersama seramai 160 jurulatih PLKN Zon Barat di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada pengusaha kem yang terlibat, dan mereka faham keputusan yang diambil oleh jabatan adalah demi kepentingan para pelatih PLKN dan keluarga mereka," katanya.

Seramai 142 orang pelatih dari Semenanjung yang telah ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan ditukar ke lima buah kem di Selangor dan Melaka.

"Seramai 846 pelatih dari kawasan keselamatan khas yang akan ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan pula ditangguhkan latihan mereka ke Kumpulan 3 Siri 10/2013.

"Manakala, seramai 516 pelatih yang ditempatkan di kem-kem di Semenanjung perlu meneruskan latihan mereka mengikut jadual," katanya.

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dilakukan atas beberapa faktor, seperti latihan untuk para pelatih perlu diadakan dalam keadaan berkesan tanpa memikirkan masalah lain.

"PLKN merupakan program yang melibatkan masyarakat setempat terutama Modul Khidmat Komuniti, yang mana para pelatih boleh mengadakan aktiviti bersama masyarakat," katanya.

Katanya, ibu bapa dapat menghantar pelatih mengikut latihan tanpa sebarang kerisauan akibat daripada insiden di Lahad Datu.

Selain itu, JLKN mempunyai pilihan sama ada menempatkan para pelatih ke kem-kem lain atau menangguhkan latihan kepada Kumpulan 3 Siri 10/2013 pada 12 Ogos tahun ini.

"Sebaik kejadian di Lahad Datu, kita telah mengambil tindakan drastik. Pada peringkat awal, tentera telah ditempatkan di kem yang terlibat.

"Para pelatih kumpulan pertama telah mendapat pengetahuan dan pengalaman yang cukup besar, mereka telah diberikan taklimat mengenai situasi di Lahad Datu," katanya.

Beliau berkata, para pelatih dipilih secara rawak melalui sistem komputer yang mana senarai nama telah diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Daripada jumlah yang dipilih, 60 peratus adalah bumiputera, 28 peratus Cina, 10 peratus India dan dua peratus lagi kaum lain.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata latihan yang sepatutnya bermula pada 16 April depan itu diawalkan kepada 30 Mac ini agar para pelatih diberikan pelepasan awal bagi memasuki IPTA dan matrikulasi.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah satu inovasi yang cuba diketengahkan oleh JLKN bagi menyelesaikan penangguhan latihan oleh para pelatih yang terpilih.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved