10 di semporna - Google Blog Search |
JALAN PULANG: TERKINI! 6 Anggota Polis Maut <b>Di Semporna</b>, 6 <b>...</b> Posted: 03 Mar 2013 06:53 AM PST Ini berita yang baru diterima dan disahkan. Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut meningkat kepada enam orang. Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu. Ini bermakna, jumlah anggota keselamatan yang maut setakat ini ialah lapan orang, masing-masing dua di Lahad Datu dan enam di Semporna. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu. Pada sidang media kira-kira jam 9 malam tadi di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di Lahad Datu, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna. "Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya. Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh. Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu. Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri. Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya. "Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya. Dipercayai gambar tersebut sebenarnya ialah konflik di selatan Thailand dan bukannya gambar dari mana-mana kawasan yang terjejas di Sabah. Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa. |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan