ads

Selasa, 2 April 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Lahad Datu: Tiga Suspek Lelaki Ditahan <b>Di Sandakan</b> – Perak Today

Posted: 18 Mar 2013 07:37 PM PDT

LAHAD DATU: Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, pada Isnin selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, ketiga-tiga suspek ituditahan pada 3 petang Isnin mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkahKhas) 2012.

"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

"Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yangmempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.

Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat,mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini.

- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved