10 di kota belud - Google Blog Search |
BUDAYA KEMPEN SONGSANG MULA BERLAKU <b>DI KOTA BELUD</b> Posted: 03 Apr 2013 05:24 AM PDT Di bulatan ini, beberapa bendera parti politik tertentu dibuang dan diganti dengan bendera parti lawan Belumpun PRU 13 berlangsung, senario politik di Sabah, sejak 6 bulan sebelum ini memang 'panas' dan "membara" dengan pelbagai bentuk dakyah kempen kedua-dua pihak antara parti 'teras' kerajaan dengan parti pembantah. Antara yang dilakukan ialah pemasangan bendera parti di sepanjang jalan-jalan tertentu dan juga kawasan strategik dimana dijangka boleh menarik perhatian rakyat.Di Kota belud, budaya memasanag bendera ini telahpun dilaksanakan lebih awal lagi. Sama ada bendera BN ataupun bendera pembangkang seperti STAR, PKR, PAS dan SAPP. Jika berdasarkan kepada akta pilihanraya, tindakan ini dianggap satu kesalahan kerana parlimen belum un dibubarkan, malah SPR masih lagi langsung tidak membuat sebarangan pengumuman rasmi untuk pelaksanaan tempoh berkempen. Agak memeranjatkan kerana akta SPR ini tidak dikuatkuasakan. Tambahan lagi pemasangan bendera-bendar parti yang bertanding ini juga tertakluk kepada peraturan ihak berkuasa tempatan. kalau di KB tentunya Majlis Daerah KB (MDKB). Biarpun begitu, mungkin pemasangan bendara ini sudah dianggap sebagai 'pesta' oleh sesetengah pihak. Bahang PRU 13 semakin terasa apabila pemasangan bendara mual dilakukan. Memang tidak dapat dinafikan jika bersandarkan kepada pesta bendera ini, benarlah seperti yang dikatakan oleh PM bahawa PRU 13 ini adalah ibu segala PRU. Di Kota Belud, begitu rancak dengan bendara-bendera parti politik. Jika sebelum ini hanya didominasi oleh bendara BN tetaoi kini tidak lagi, kerana pekan KB mula diwarnai oleh bendera selain daripada bendera BN. bendera PAS dan PKR begitu mula mendapat tempat di pekan ini. Hanya yang merunsingkan kita ialah budaya kempen songsang yang mula di bawa masuk di daerah ini oleh pihak-pihak tertentu, apabila bendera-bendara parti yang dipasang dirosakkan. malahan dari maklumat yang disalurkan kepada kelapamawar, ada bendera parti politik yang sudah dipasang lebih awal, diturunkan dan dibuang kemudian diganti dengan bendera parti pihak lawan. Budaya ini bukan sahaja boleh mencetuskan rasa tidak puas hati tetapi juga boleh menimbulkan ketegangan apatah lagi PRU 13 belum lagi pun bermula. Apa yang membimbangkan kita ialah budaya politik matang tidak akan dapat direalisasikan jika keadaan ini benar-benar berlaku. Sebagai rakyat, biarlah parti-parti politik yang bertanding ini berada pada padang datar yang rata. Adil dan seadilnya. Gunakan segala kepakaran secara positif untuk meraih undi tetapi bukan dengan cara yang memalukan dan mencerminkan sikap yang rakus dan kurang pertimbangan. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan