ads

Isnin, 11 Mac 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Cerita Kita <b>Papar</b> Konflik Percintaan Klise - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 08:00 AM PST

Metrowealth Pictures (MIG) sekali lagi tampil dengan filem terbaru berjudul 'Cerita Kita'. Buah tangan hasil garapan pengarah berbakat Pierre Andre itu menampilkan sentuhan berbeza dari filem-filem MIG sebelum ini. Menggunakan pendekatan filem bebas, Pierre mengambil risiko mengolah cerita cinta tiga segi menjadi sebuah naskhah segar.

Gandingan unik Yana Samsuddin dan Pekin Ibrahim menjadikan filem ini sesuatu yang menarik untuk ditonton. Konflik percintaan nyata masyarakat Malaysia ditampilkan secara bersahaja oleh Pierre. Mungkin plot cerita ini sedikit perlahan, tetapi sinematografi yang dizahirkan dalam 'Cerita Kita' cukup menarik. Pujian wajar diberikan kepada Pierre yang berusaha menampilkan  sisi berbeza kreativitinya.

'Cerita Kita' mengisahkan kehidupan Ika (Yana Samsuddin) dan Kamal (Pekin Ibrahim) yang tinggal berjiran dalam satu flat. Persahabatan yang dibina akhirnya bertukar menjadi rasa sayang antara mereka. Ika yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai buku menyimpan impian memiliki sebuah keluarga bahagia.Kamal yang bekerja sebagai mekanik sanggup berhenti kerja dan membuka perniagaan burgernya sendiri.

Kisah cinta mereka diuji seketika dengan kehadiran Malik (Fezrol Khan) yang jatuh cinta pada kelembutan Ika. Tanpa disedari, Malik dan Kamal sebenarnya adalah rakan lama dari zaman persekolahan.Dalam masa yang sama, Kamal yang meminjam wang dari ceti haram semata-mata ingin membahagiakan Ika cuba mempertahankan cinta mereka.

Namun Ika yang memikirkan masa depannya memilih Malik atas alasan Malik mampu menjaga dan membahagiakannya dengan keadaan kewangan yang stabil. Ika yang masih memendam perasaan terhadap Kamal berbelah bahagi. Namun, sebuah beg pemberian Kamal mengubah segala-galanya.
 
Secara keseluruhannya, 'Cerita Kita' merupakan sebuah cerita cinta klise yang mendapat sentuhan tersendiri Pierre. Filem ke 74 terbitan MIG ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mac ini.

Rating GUA : 3 bintang

Judul : Cerita Kita

Pengarah : Pierre Andre

Pelakon : Yana Samsuddin, Pekin Ibrahim, Fezrol Khan, Shima Anuar, Along Eyzendy

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved