ads

Rabu, 6 Mac 2013

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Tiada Huru- Hara <b>Di Kunak</b>, Sandakan Dan Semporna! – KPN <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 06:22 AM PST

LAHAD DATU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sekali lagi menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna adalah terkawal.

Beliau turut menafikan khabar angin mengenai huru-hara berlaku di Kunak, Sandakan dan Semporna.

"Sehingga kini keadaan keselamatan masih terkawal dan tiada keadaan huru-hara seperti digembar-gemburkan dalam media sosial," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di Sabah setelah 21 hari insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Ismail berkata, polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai.

"Kami sedang memikirkan aspek perundangan untuk ambil tindakan terhadap mereka (yang menyebarkan maklumat palsu)," katanya.
Beliau berkata, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bekerjasama erat bagi memastikan keadaan keselamatan di Sabah aman dan terkawal.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pihaknya menggerakkan anggota tambahan bagi membantu polis mengawal keselamatan di kawasan pantai Timur negeri ini.

"Kami akan membantu polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan Sabah," katanya.
— BERNAMA

Tiga penceroboh ditahan, 10 tentera asing dikesan <b>di</b> <b>...</b> - nadirakyat

Posted: 02 Mar 2013 10:16 PM PST


LAHAD DATU 3 Mac - Polis berjaya menahan tiga ahli kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo yang cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa di sini malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ketiga-tiga lelaki yang tentera Diraja Kesultanan Sulu dan bersenjatakan parang itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, menurut beliau, seramai 10 individu berpakaian celoreng yang dipercayai ada kaitan dengan tentera penceroboh terbabit dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis percaya tiga daripada mereka mempunyai senjata," katanya di sini hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved