ads

Sabtu, 16 Mac 2013

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


IdaMan: Ribuan Keluar Bertemu Anwar <b>Di Kudat</b>, Sabah

Posted: 26 Nov 2012 03:14 AM PST

             
                   (Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.

"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam. harakahdaily

(Video Yang Dinanti) Sepanjang Proses Pencerahan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 08:00 AM PST


Admin percaya, kebanyakan rakyat Malaysia yang prihatin dan bersimpati dengan nasib malang yang menimpa masyarakat setempat lantaran insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna akan ternanti- nanti maklumat terkini untuk disajikan.
Untuk itu, admin tampilkan video klip ini yang memaparkan keseluruhan kronologi sejak bermulanya pendudukan puak pendatang sehinggalah insiden itu diselesaikan dengan jayanya oleh pasukan keselamatan negara.

Namun begitu, amat mendukacitakan admin adalah sikap kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih selesa mempolitikkan kesusahan yang dialami rakyat Sabah pada masa ini.

Sekalipun penglibatan mereka sudah disahkan kebanyakan media antarabangsa seperti Reuters, The Manila Times mahupun The Inquirer News, mereka dilihat lebih senang untuk menuding jari kepada UMNO/BN.
Lebih menjengkelkan, tindakan Kerajaan yang cuba berdiplomasi pada awalnya menerima pelbagai kecaman dengan mengatakan bahawa insiden ini adalah konspirasi dari UMNO/BN. Malah, tindakan tegas pasukan keselamatan yang memulakan operasi ketenteraan di lokasi berkenaan juga turut digelarkan sebagai tindakan pengecut.

Mahukah kita untuk dipimpin oleh Perdana Menteri biadap hasil didikan Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti?

Sekiranya ada yang menjawap ya, admin sarankan agar segera mendapatkan temujanji dengan pakar otak kerana hanya orang yang rosak pemikirannya sahaja yang sanggup diketuai manusia seperti ini.

CIQ Bakal Mantapkan Kawalan Keselamatan <b>Di Kudat</b> - TV3

Posted: 23 Oct 2012 10:52 PM PDT

24/10/2012 13:52:00

Kewujudan Pusat Kastam, Immigresen dan Kuarantin, CIQ di Kudat, Sabah bakal memantapkan kawalan keselamatan di daerah itu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina.

Ia juga akan membolehkan setiap pergerakan penumpang serta keluar-masuk barangan dipantau dengan lebih baik.

Cadangan pembinaan CIQ di Kudat diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika program Jelajah Janji Ditepati di daerah itu, 14 Oktober lalu.

Kudat terletak hampir dengan Kepulauan Palawan di selatan Filipina.

Sempadan darat dan maritimnya pula amat luas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved