ads

Isnin, 4 Februari 2013

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


RM16 juta peruntukan untuk kurangkan kesesakan jalan <b>di Tuaran</b>

Posted: 10 Jan 2013 05:45 PM PST

Oleh Shalina R
Gambar oleh Oliver Majaham

 

Tidak lama lagi, masalah kesesakan lalu lintas Tuaran akan berakhir apabila jambatan yang merentangi Sungai Damit akan dibina bagi memudahkan aliran perjalanan trafik.

Mendedahkan berita baik itu kepada penonton di majlis pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden 2012/2013 peringkat negeri di Tuaran baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM16 juta bagi melaksanakan projek itu.

 

Bagi  Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, jambatan itu merupakan "mimpi menjadi kenyataan." Beliau tahu betapa terdesaknya penduduk di sana kerana memerlukan jambatan.

"Jambatan akan memberi manfaat kepada lebih daripada 15 kampung termasuk kilang Lembaga Industri Getah Sabah yang terletak dalam kawasan itu," katanya.

Daerah Tuaran mempunyai 212 kampung dengan lebih daripada 100,000 jumlah penduduk. Ia terletak di lokasi yang strategik, sebagai pekan yang menjadi pintu masuk ke Utara dan Timur Sabah. Pelancong perlu melalui daerah itu untuk pergi ke Kota Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Ketua Menteri juga mengumumkan peruntukan RM12 juta untuk Kompleks Sukan di Tamparuli.

Kejohanan sepak takraw itu dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Negeri (Astaka). Kejohanan selama seminggu itu akan berakhir pada Ahad, Januari 13. - Insight Sabah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved