ads

Jumaat, 22 Februari 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


SKB berang tindakan PKR <b>Ranau</b> istihar Anwar sebagai Huguan Siou

Posted: 12 Feb 2013 02:23 AM PST

Oleh Donald Ragang

Anwar Ibrahim di Paginatan, Ranau Ahad dimana beliau dinobatkan dengan gelaran 'Huguan Siou'.

Anwar Ibrahim di Paginatan, Ranau Ahad dimana beliau dinobatkan dengan gelaran 'Huguan Siou'.

KOTA KINABALU: Gerakan Suara KDM Bersatu (SKB) berang dengan perbahasan di laman sosial Facebook yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau telah mengistiharkan Pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Huguan Siou Malaysia.

Pertubuhan yang  mendakwa mereka mewakili suara bersatu komuniti KadazanDusun Murut (KDM) menuntut penjelasan daripada PKR Ranau dan kepimpinan PKR Negeri mengenai isu itu.

"Ini adalah satu penghinaan kepada bangsa (KDM) kita, kedudukan Huguan Siou adalah penting kepada KDM dan ianya hanya boleh dipegang oleh seorang sahaja yang mana kini ianya dipegang oleh sebuah parti politik yang kami tidak lagi boleh memihak," Pengerusi SKB, Lesaya Lopog Sorudim berkata demikian dalam satu kenyataan disini kelmarin.

Walau bagaimanapun katanya, ia tidak bermakna PKR atau mana-mana pihak lain bebas mengisytiharkan orang lain sebagai Huguan Siou.

"Kami adalah sebuah gerakan dengan satu matlamat iaitu untuk meluahkan satu bangsa yang bersatu bersuara menyatakan pandangan dan perasaan Komuniti KDM berkaitan dengan tindakan mana-mana pihak yang akan menjejaskan sensitiviti masyarakat KDM secara umum.

"Oleh itu, kita mencari penjelasan daripada mereka melibatkan sama ada terdapat kebenaran dalam dakwaan itu. Kami menuntut penjelasan sama ada gelaran Huguan Siou telah diberikan kepada seseorang yang bukan dari masyarakat KDM, dan mengapa ia dijalankan di perhimpunan politik dan mengapa pemimpin masyarakat KDM lain tidak dijemput dalam rundingan itu," beliau mempersoalkan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved