10 di kudat - Google Blog Search |
Wanita Umno <b>Kudat</b> gesa PDM buat persiapan rapi | The Borneo <b>...</b> Posted: 11 Feb 2013 01:56 PM PST KUDAT: Semua anggota jawatankuasa yang bertugas di pusat daerah mengundi Parlimen Kudat diingatkan agar membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Wanita UMNO Kudat, Datuk Aminah Ambrose. Beliau berkata masyarakat setempat tidak boleh mengikut emosi sewaktu memilih parti yang mana layak menubuhkan kerajaan dan seterusnya mentadbir negara. Katanya, membuat pilihan sewaktu dalam keadaan emosi yang tidak stabil akan merugikan diri sendiri dan generasi akan datang kerana ia hanya akan membuatkan individu itu tersalah membuat pilihan. "Pilih kerajaan jangan pilih dengan emosi, jangan sampai tersalah pilih…pihak yang di sebelah sana (pembangkang) hanya boleh buat provokasi untuk melemahkan semangat kita dan jangan sampai tersalah pilih lagi," katanya. "Apa yang paling penting sekarang, saya nak tanya adakah pusat mengundi kita telah bersedia sepenuhnya…cukupkah segala kelengkapan termasuk tenaga kerja dan pelaksanaan kempen dalam kita menghadapi pilihan raya?" katanya. Beliau berkata demikian semasa Program Salam Sayang PDM Damaran Pulau Banggi dan Jalinan Rakyat Wanita UMNO Kudat di Kudat. Lebih kurang 200 pemimpin masyarakat, ahli wanita UMNO dan rakyat menghadiri taklimat tersebut. Aminah yang juga Pengerusi BN Wanita Parlimen Kudat berka semua jentera di PDM perlu melaksanakan tugas dengan berkesan bagi memastikan segala maklumat pengundi dikemas kini dan Ketua Jalinan Rakyat (JR) tahu di mana kawasan yang dijaga mereka. Beliau turut menyeru agar rakyat terus menolak pembangkang kerana kegagalan mereka menepati janji. Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama inikerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyatterpelihara. Jelas beliau, kerajaan BN di bawak pucuk kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan. |
You are subscribed to email updates from di kudat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan