ads

Rabu, 20 Februari 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Sekolah luar bandar <b>Kota Marudu</b> dapat bantuan sektor swasta, NGO

Posted: 14 Feb 2013 01:13 PM PST

KOTA MARUDU: Kawasan Parlimen Kota Marudu bertuah mendapat bantuan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melengkapkan keperluan sekolah luar bandar.

Asrama desa ketujuh (asrama luar bandar) akan dibina di kawasan itu dibiayai Yayasan SP Setia, yang akan memberi manfaat kepada murid-murid SK Matunggong yang kini berjalan beberapa kilometer ke sekolah setiap hari.

Pada Sabtu, anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan asrama berharga RM300,000 yang boleh memuatkan 100 pelajar.

Majlis itu akan turut dihadiri anggota Dewan Undangan Negeri Matunggong Sarapin Magana dan Pengarah Bukan Eksekutif SP Setia Tan Sri Lee Lam Thye.

"Kita tidak boleh bergantung kepada dana kerajaan semata-mata, kerana keperluan rakyat banyak tetapi kita juga mesti menggunakan rangkaian baik dengan sektor swasta dan NGO untuk membawa kemudahan dan perkhidmatan ke kawasan luar bandar.

"Ini juga satu cara bagi mereka untuk menyumbang meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak," kata Ongkili, yang sebelum ini turut bekerjasama dengan rakan-rakan korporat yang lain membina enam lagi asrama di Kota Marudu.

Asrama yang telah dibina ialah asrama Astro moden di SK Magandai, SK Malangkap Tengah (oleh Yayasan ECM Libra), asrama SK Lampada serta asrama SM Advent Goshen, dibiayai Sabah Credit Corporation dan asrama SK Mangaris dan SK Koromoko tajaan Taylor College.

Kebanyakan asrama luar bandar diserahkan kepada Jabatan Pelajaran yang menyediakan makanan harian pelajar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved