ads

Isnin, 14 Januari 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


UMNO Online - 500 Penduduk Kampung <b>Di Tawau</b> Bakal Nikmati <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2013 12:59 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

500 Penduduk Kampung Di Tawau Bakal Nikmati Kemudahan Elektrik

TAWAU, 11 Jan – Kira-kira 500 penduduk Kampung Melati Baru di Burut dekat sini bakal menikmati kemudahan bekalan elektrik apabila projek penyambungan ke kawasan berkenaan siap dilaksanakan.

Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dilaksanakan selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak  mahu ada penduduk luar bandar terpinggir daripada hasil pembangunan negara.

"Kita sentiasa memerhati dan melawat kampung yang memerlukan bantuan selaras dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan rakyat luar Bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan," katanya selepas membuat tinjauan di kampung berkenaan di sini hari ini.

Abdul Ghapur yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan berkata selain bekalan elektrik, kerja menaik taraf jambatan di kampung berkenaan yang merupakan sumbangan peribadinya akan dimulakan esok demi keselesaan penduduk.

Ketika melawat Sekolah Kebangsaan Melati, beliau turut menyumbang 100 buah kurusi manakala 30 buah lagi disumbang kepada Balai Polis Bombalai.

Beliau meminta masyarakat di kawasannya terutama di luar bandar supaya menghubungi telefon bimbitnya yang tertera pada kain kain rentang dan papan tanda yang dipaparkan di merata-rata tempat di kawasan itu jika ingin mengemukakan masalah.

Berita Bertarikh Pada 11 January 2013 4:59 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved