ads

Khamis, 10 Januari 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


sabahkini.net: APMM TAHAN 43 PATI <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 02 Jan 2013 11:45 PM PST



TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menahan 43 orang disyaki pendatang asing tanpa izin ketika melakukan rondaan di sekitar perairan Semporna pada 30 Disember lalu.
Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapt Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata kesemua tahanan berkenaan ditahan kira-kira jam 10 malam hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dipercayai dalam perjalanan ke Filipina.
Katanya, kira-kira jam 10 malam semasa melakukan rondaan, sebuah kapal APMM telah mengesan dan membuat penggeledahan ke atas sebuah bot yang tiada nombor pendaftaran di perairan Semporna.
"Hasil pemeriksaan, didapati bot tersebut disyaki sedang menuju ke Filipina dan kesemua penumpangnya telah gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai jantina dan umur kesemua tahanan.
Wan Mohd Affandi berkata bot yang digunakan suspek berkenaan tidak mempunyai lesen dan dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, katanya APMM Tawau akan terus menjalankan pemantauan di kawasan perairan Tawau dan Semporna bagi memastikan perairan itu dan Sabah amnya sentiasa selamat serta terkawal. (Bernama)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved