ads

Isnin, 21 Januari 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: UMNO SYOR TUBUH MARDI <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 20 Jan 2013 10:51 PM PST



KETUA Pemuda Bahagian UMNO Libaran Suhaimi Hj Nasir  memuji langkah MARDI yang  begitu prihatin dan mengambil berat membimbing dan menunjuk ajar para pengusaha dan usahawan kecil di kawasan Parlimen Libaran.
Katanya, selama ini para usahawan kecil di kawasan Libaran terlalu mengharap adanya agensi kerajaan yang dapat menganjurkan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pengeluaran produk makanan yang bermutu untuk menembusi pasaran yang agak meluas.
Kata Suhaimi, sebahagian besar para pengusaha dan usahawan kecil di Libaran sudahpun menempah nama yang baik di persada dalam  menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan yang boleh dibanggakan kerana mereka sudah berjaya mengeluarkan berbagai-bagai produk  makanan hasil perbuatan  mereka sendiri.
Contohnya, mereka sudah menghasilkan produk makanan yang bermutu seperti kerepek pisang, kerepek ubi, kuih jala, kuih sarang semut, kuih baulu, kuih sepit, rempeyek, keropok ikan, keropok lekor dan ikan bilis kacang.
"Tetapi pengeluaran produk mereka yang dihasilkan hanya dapat di pasarkan di kedai-kedai runcit dan warung tepi jalan, termasuk juga di beberapa supermarket yang berhampiran; tetapi tidak dapat menembusi pasaran luar daerah Sandakan seperti Kota Kinabalu, Tawau dan  daerah lain," kata Suhaimi Hj Nasir kepada Sabahkini. Net sejurus menghadiri Masjlis Sesi Dialog anjuran MARDI yang diadakan di Pejabat Pertubuhan Peladangan Kawasan Sandakan baru-baru ini.
Masalahnya, kata Suhaimi, produk hasil pengeluaran mereka tidak mempunyai label dan bungkusan yang berkualiti; malah piawaian daripada mana-mana agensi kerajaan yang mengesahkan dan meluluskan bahawa produk mereka selamat dimakan kerana tidak mengandungi bahan pengawet.
"Para pengusaha dan usahawan tersebut sukar untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan kerana MARDI tidak mempunyai pejabat cawangannya di Sandakan, lantas mereka tidak dapat menghantar sample (contoh) produk-produk makanan mereka untuk dikaji selidik  dan dianalisa.
"Ada baiknya, MARDI membuka cawangan di Sandakan bagi membolehkan para usahawan terbabit berinteraksi untuk mempiawaikan produk mereka agar dapat menembusi pasaran terbuka di Sabah dan Semenanjung Malaysia," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved