10 di kota kinabalu - Google Blog Search |
DBKK pertimbang penggunaan lampu LED <b>di Kota Kinabalu</b> <b>...</b> Posted: 09 Jan 2013 05:05 PM PST Posted on January 10, 2013, Thursday KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mempertimbang untuk menggunakan lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED di kawasan taman ter-utama di kawasan 'hitam' di bandar raya ini. Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata, penggunaan tek-nologi itu akan dilaksanakan sekurang-kurangnya pada tahun ini secara berperingkat bagi menjamin bandar yang mesra alam. "Kita akan tukar semua kepada lampu LED me-ngikut fasa dan sebagai permulaan kita sudah kenal pasti beberapa kawasan, jika mendatangkan kebaikan kita akan replace yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program CEKAP – Cemerlang, Efisien Kerjasama Amanah Progresif di DBKK di sini, semalam. Abidin berkata lampu LED menggunakan tenaga jauh lebih jimat berbanding lampu biasa dan mengeluarkan haba yang sangat rendah sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di kota kinabalu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan