10 di kota belud - Google Blog Search |
Gambar banjir besar <b>di Kota Belud</b>, Sabah 15 Januari 2013 | cerita <b>...</b> Posted: 15 Jan 2013 04:30 AM PST Gambar banjir besar di Kota Belud, Sabah 15 Januari 2013 - Nampaknya serangan banjir besar di kawasan Negeri Sabah mula kembali aktif seperti tahun-tahun sebelumnya dengan yang terbaru berlaku di kawasan Kampung Sembirai dan Pekan Kota Belud, Sabah. Sebelum ini, aku telah berkongsi beberapa gambar untuk banjir yang berlaku di Pitas, Sabah. Beberapa gambar yang dipaparkan di bawah menunjukkan bahawa Sabah juga tidak terlepas daripada serangan banjir seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Apa kata korang? |
SUMPAHAN POLITIK MENYEBABKAN BANJIR <b>DI KOTA BELUD</b> Posted: 12 Jan 2013 12:00 AM PST Banjir sekali lagi melanda daerah Kota belud. Tentu yang paling sibuk, bukan rakyat yang terpaksa berpindah atau dipindahkan tetapi pemimpin politik yang mula menunjukkan keperhatinan kononnya hidup dan mati mereka adalah membantu rakyat. Sedangkan banjir yang berlaku hampir saban tahun setelah penutupan sungai Tempasuk dan pembinaan jalanraya Bypass KB-Kudat yang sehingga kini belum selesai pembayaran pampasannya adalah angkara pemimpin bermata satu ini. Lahirlah hujah-hujah mereka, kononnya banjir adalah ketentuan tuhan, sedang mereka menafikan bencana yang berlaku itu baik dilaut atau didarat adalah kerja tangan-tangan manusia. Kerja tangan dan akal yang tidak berpaksi kepada nilai luhur membela nasib penduduk. Dalam kedekatan RU 13 ini, tanyalah penduduk kampung yang terlibat dengan banjir ini, apa puncanya? budak darjah 3 pun pandai menjawab, kerana sungai kg Wakap dan Labuan yang 'dimatikan' ekoran penutupan sg Tempasuk yang dipesongkan dari laluan asalnya. Banyak Kampung 'tenggelam' ekoran bencana akal manusia ini. Pembinaan Jalan Raya Byass KB- Kudat, sinonim dengan aliran sungai Tempasuk ini. Perkampungan dihilir 'menderita' dengan bencana hakisan. Dimana kawasan paling parah ketika banjir di KB..Jawabnya di sepanjang jalan Byass ini. Siapa yang terlibat? mereka yang tidak diberikan pampasan setimpal dengan harga tanah pusaka mereka. Pejuang seorang wartawan ditakut-takutkan sehingga ditukar nun jauh di kota Matropolitan. Semuanya ini orang KB tahu. Sebab itu setiap kali banjir, kata mereka KB terkena sumpahan politik. Rakyat tidak ada harta yang bertimbun, jauh kalau ada kereta gelap ninja dan super ninja king yang melawat mereka setiap kali bencana melanda seumpama ini. Hanya satu undi bakal memilih ada PRU 13 ini. Jangan kerana satu undi KB akan tenggelam terus, angkara sumpahan politik. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan