10 di kota belud - Google Blog Search |
160 Pemilik Sawah <b>Kota Belud</b> Terima Insentif RM2 <b>...</b> - Macam <b>Di</b> KK Posted: 26 Dec 2012 12:37 AM PST KOTA BELUD, 24 Dis (Bernama) -- Seramai 160 pemilik sawah di sini Isnin menerima insentif pengurusan berpusat Bidang Ekonomi Utama Negara (Pertanian) EPP 11 sebanyak RM809 seekar atau RM2,000 sehektar. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata matlamat EPP 11 Kota Belud, yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, adalah untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi dan dilaksanakan secara berperingkat. "Peringkat pertama disasarkan bermula pada minggu ketiga bulan depan dengan keluasan 800 hektar melibatkan seramai 762 pemilik sawah di Kampung Taun Gusi Kerajangan, Taun Gusi Padang dan Jawi-Jawi (di Kota Belud). "Pelaksanaannya sehingga 2020 yang menyasarkan keluasan sebanyak 5,000 hektar," katanya. Yahya berkata kerajaan akan terus mencari kaedah dan pendekatan terbaik dan sesuai untuk membela nasib rakyat khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan