10 di kota belud - Google Blog Search |
muslihat politik terbaru <b>di kota belud</b> menjelang pru <b>...</b> - Kelapa Mawar Posted: 30 Sep 2012 04:35 AM PDT sDR Pkharuddin Bian , antara personaliti muda yang disebut mendapat restu kepimpinan USBO untuk menjadi calon di Tempasuk. Desas-desus terbaru khabar politik di daerah Kota belud mencetuskan sedikit kekagitan di kalangan pemimpin masyarakat rumpun USBO kelas pertengahan. Selain daripada cerita politik kedai kopi masih tidak lari dari kejayaan Tan Sri Pandikar Amin dan USBO mengadakan sambutan Hari Raya di Kg Rampayan menyaksikan dihadiri oleh PM Datuk Najib dan isteri, kononnya mencatat kehadiran rakyat paling ramai pernah direkodkan dalam sejarah penganjuran rumah terbuka hari raya di Kota belud. Kini cerita itu turut ditokok tambah, bahawa Tan Sri Pandikar TIDAK akan melobi untuk diturunkan pada PRU 13 di DUN TEMPASUK. Sama ada selepas ini TSP tetap dikekalkan sebagai YDP Dewan Rakyat atau pemimpin politik Iranun ini 'bakal' ,menduduki kerusi TYT negeri Sabah, walaupun ramai pemerhati politik meramalkan, TSP tidak kepingin untuk menjadi TYT.Kesepakatan antara Datuk Salleh dan TSP dalam NGO USBO sekurang-kurangnya mencerminkan bagaimana percaturan dan perencanaan politik kedua tokoh di Kota belud dalam mengekalkan populariti dan penguasaan mereka di daerah Kota belud. Isu retorik politik yang menjadi bualan ramai di kedaI KOPI sekitar pekan kota belud, kononnya TSP dan kepimpinan USBO mula menengahkan bakat baru dalam kepimpinan USBO di Kota belud apabila cuba merestui kemunculan Ketua pemuda USBO saudara Pkharudin Bian yang juga seorang kontraktor muda untuk turut merebut pelung menjadi calon di DUN TEMPASUK pada PRU 13 nanti. Menurut maklumat yang diperolehi dari beberapa orang penggiat politik di Kota belud turut mengesahkan bahawa DSSK dan TSP memberi penajaan kepada sdr Pkharudin ini. Ceriteria politik di Kota belud sebelum ini ketika perebutan ketua Pemuda dalam UMNO KB juga dikhabarkan kedua tokoh politik ini turut menaja Sdr Barur untuk ,mengalahkan sdr Tadzul Radim. Berikutan itu dengan pengaruh dan kuasa politik, akhirnya Sdr Tadzul kalah dalam perbezaan undi yang sangat tipis.Selain untuk survival politik kedua tokoh ini dapat diselamatkan, percaturan mereka juga turut menjamin bahawa tidak akan ada pemimpin muda yang berkelibar menggantikan tempat mereka dalam waktu yang terdekat ini sebelum kerusi KM sabah belum diduduki. Justeru itu dengan meletakkan calon yang tidak punya outoriti besar dalam politik Kota Belud, maka kerusi DUN TEMPASUK ini boleh digilirkan apabila keadaan memerlukan. Sama ada isu ini adalah muslihat politik terbaru di Kota belud akan menjadi sandaran apabila ia menjadi realiti kelak. dalam waktu yang terdekat sangat ini tentunya desas dan desus yang pelbagai bentuk akan menguasai medan politik Kota belud seterusnya menjadi spekulasi yang dicanang merata tempat. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan