ads

Isnin, 21 Januari 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


sabahkini.net: PAS MEMBINA KUBU <b>DI KINABATANGAN</b>

Posted: 19 Jan 2013 09:57 PM PST



SEMANGAT...HJ Adhah bersama-sama dengan pemimpin kanan PAS bersemangat memberikan sokongan padu kepada PAS.
Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : JUHARI KADIR
RAKYAT di kawasan DUN Sukau yang terdiri daripada masyarakat Sungai harus membuka mata dan sedar terhadap tindak tanduk para pemimpin Barisan Nasional (BNUMNO)  yang banyak menabur janji manis tetapi hanya sekelumit sahaja yang ditunaikan, selebihnya dibolot oleh kroni dan proksi.
Lantaran itu, seramai 400 orang pemilik tanah di Sungei Koyah A, Fasa I,II dan III yang merupakan pengundi tegar UMNO/BN bakal kehilangan tanah disebabkan ketamakan orang tertentu yang bersekongkol dengan para kapitalis merampas tanah-tanah mereka telah bertekad meninggalkan UMNO/BN.
Demikian dijelaskan sendiri oleh mantan Naib Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, Hj Adhah Hj Sulaiman yang keluar daripada UMNO dan kemudian menyertai PAS pada majlis Kebangkitan Rakyat Kinabatangan Siri II yang diadakan di kediamannya, di Kampung Batu Putih, kelmarin.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh PAS sekarang bukan sahaja mendapat sokongan padu di Semenanjung; bahkan di Sabah mula diminati seluruh lapisan masyarakat di Sabah kerana sudah jelak dengan pembohongan demi pembohongan Wakil Rakyat BN.
"Kenapa saya keluar UMNO? Saya sudah bosan dengan gelagat  para pemimpinnya yang cakap tidak serupa bikin. Paling menyedihkan kerana mereka hanya menjaga kebajikan PATI yang mendapat IC Projek dengan memberi pelbagai kemudahan, tetapi anak watan terus terpinggir," ujar Haji Ahdah yang melihat RCI Sabah hanya untuk mengesahkan kerakyatan songsang PATI, bukannya untuk mengatasi masalah nombor satu di Sabah.
Kata Hj Adhah lagi, seramai 400 orang pemilik tanah Sungei Koyah A  sudah memberi isyarat jelas kepada kedua-dua wakil rakyat iaitu ADUN Sukau dan ADR Kinabatangan, sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah tanah; maka mereka akan keluar beramai-ramai menyertai parti PR agar mendapat pembelaan di mahkamah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved