ads

Selasa, 11 Disember 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


bersih 3.0 <b>di</b> mahkamah.. polis trafik <b>papar</b> bukti - Gelombang Rakyat

Posted: 08 Nov 2012 01:19 AM PST

Seorang anggota polis yang menjadi saksi dalam inkuiri tentang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) hari ini berkata beliau ditumbuk oleh para peserta perhimpunan semasa menjalankan tugas.

Lans Koperal Abu Bakar Abdul Rahman, yang telah berkhidmat sebagai polis trafik selama 11 tahun berkata, beliau ditumbuk oleh peserta perhimpunan menyebabkan gigi palsunya patah.

"Semasa saya ditumbuk, saya dapat pegang baju dia, tetapi dia ditarik oleh orang ramai.

"Kemudian peserta membaling botol ke arah saya, saya dan anggota cuma tiga orang di situ, sedangkan kami dikelilingi hampir 20 orang," kata Abu Bakar lagi.

Abu Bakar berkata, beliau mengenali peserta perhimpunan tersebut berdasarkan baju berwarna kuning yang dipakai semasa kejadian tersebut.

Beliau berkata, beliau kemudiannya membawa motor peronda polis dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Kuching, kemudian melaporkan kepada pegawainya sebelum mendapatkan rawatan.

Beliau kemudiannya membawa motor peronda polis dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Kuching, kemudian melaporkan kepada pegawainya sebelum mendapatkan rawatan.

"Dalam saya hendak menuju ke Jalan Kuching, saya nampak kereta polis Proton Waja diterbalikkan oleh peserta demonstrasi," kata Abu Bakar lagi.

Sementara itu, seorang lagi saksi, ASP Mohd Akmal Abdullah berkata, salah seorang anggota beliau jarinya patah dalam pergelutan bersama peserta demonstrasi.

"Semasa waktu selepas Zuhur (waktu tengah hari), peserta semua berjalan menuju Dataran Merdeka.

"Saya dan pasukan saya ditugaskan untuk mengawal di kawasan Masjid Jamek di Jalan Tun Perak, sejak dari 8 pagi, bersama 18 inspektor dan 217 anggota pelbagai pangkat," kata Akmal yang menjadi saksi inkuiri hari ini.

Akmal berkata, dalam mengawal di kawasan tersebut pasukan beliau tidak dilengkapkan dengan peralatan dan senjata.

"Ini kerana terdapat arahan dari peringkat atasan melarang kami dari menggunakan sebarang kekerasan atau sebarang tangkapan sehingga arahan diterima," katanya lagi.

Akmal juga berkata, beliau menghalang kumpulan ahli parlimen Batu, Chua Tian Chang dari menggunakan jalan benteng di tebing Sungai Kelang.

"Pada mulanya YB Chua membantah, tetapi selepas saya memberi penerangan beliau menggunakan jalan yang lain."

Panel inkuiri yang diketuai Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu dengan ahli suruhanjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Same.

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 19 November ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved