ads

Isnin, 19 November 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Pejabat Meteorologi <b>Di Ranau</b> Mampu Memantau Dan Menentukan <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:37 AM PDT


KEWUJUDAN  Pejabat  Meteorologi  yang baru   di Jalan Marakau dekat Kampung Sinarut terletak 1 kilometer dari pekan Ranau, amat penting bagi membolehkan Jabatan Meteorologi memantau dan menentukan corak cuaca serta fenomena di kawasan pertanian yang berbukit di negeri ini.
Dengan penubuhan pejabat  baru itu,  jabatan berkenaan kini mempunyai stesen di pedalaman dan kawasan tanah tinggi  Sabah serta berupaya memperluaskan rangkaian meterorologi untuk ramalan cuaca yang lebih tepat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili dalam ucapannya merasmikan pejabat itu baru-baru ini, memberitahu yang pejabat terletak di Ranau itu, bukan sahaja mengeluarkan ramalan cuaca bagi daerah Ranau tetapi turut meliputi daerah Kota Marudu (Utara), Kota Belud (Timur Laut), Tuaran (Barat), Tambunan (Barat Daya), Keningau (Selatan), Tongod (Tenggara) dan Beluran (Timur).
"Untuk meningkatkan ketepatan ramalan cuaca, kita juga perlu memantau cuaca dan iklim di kawasan tanah tinggi  bagi membolehkan kita memahami corak cuaca di Ranau serta mengenalpasti perubahan yang disebabkan aktiviti pertanian berskala besar di kawasan tanah tinggi", jelas Dr.Maximus sambil memaklumkan stesen pencerapan di Pejabat Meteorologi di Ranau itu dilengkapi dengan peralatan  'Strong Motion' yang digunakan untuk mengesan gemba bumi di Ranau dan kawasan sekitarnya selain  stesen sedia ada di Lembah Danum.
SUMBANGAN …..Maximus (kanan) menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada salah seorang penerima.

Menurutnya, stesen 'Strong Motion' adalah kritikal kerana gempa bumi dan tanah runtuh kebiasaannya berlaku di sepanjang garisan sesar yang aktif iaitu di Mensaban, Crocker, Tabin dan Lobou-Lobou yang terletak di Ranau dan Kundasang.
Dr.Maximus berkata, kajian oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia  yang dijalankan antara 2008 dan 2010 di Mensaban dan Lobou-Lobou yang menggunakan teknologi 'Global Navigation Satellite System', menunjukkan berlakunya pergerakan bumi berukuran antara beberapa millimeter hingga empat empat sentimeter.
Ahli Astronomi PUSKAL Ranau, Dr.Mustapha Nasir (kiri) menerangkan sesuatu kepada Dr.Maxmus.
Satu kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pergerakan bumi katanya, memerlukan pemerhatian dan kajian yang leih lanjut iaitu selama lima tahun untuk mengenalpasti sama ada pergerakan yang berlaku itu berpunca daripada sesar aktif atau disebabkan oleh pergerakan permukaan tanah.
"Pergerakan bumi yang disebabkan oleh garis sesar yang aktif boleh mengakibatkan peningkatan dalam kekerapan gempa bumi sederhana manakala pergerakan permukaan boleh menyebabkan tanah runtuh. Kajian menyeluruh membolehkan kita menentukan tebatan yang sesuai dan langkah-langkah kawalan untuk mengurangkan kesan gempa bumi kepada aktiviti dan penduduk yang tinggal di kawasan Ranau dan Kundasang", jelas Dr.Maximus.
TERSERGAM INDAH …Bangunan stesen/pejabat Meteorologi  Ranau, menelan kos RM3.58 juta.

SELESA …Kuuarters kakitangan  Stesen  Meteorologi Ranau.
Menurutnya lagi, stesen Meteorologi di Ranau itu juga berperanan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan cuaca kepada kehidupan seharian dan bleh mengeluarkan data cuaca yang lebih mudah difahami kepada orang ramai termasuklah maklumat yang membolehkan pihak berkaitan menjalankan kajian bagi tujuan pertanian serta penternakan di  daerah berkenaan.
Pejabat Meteorologi itu yang turut dilengkapi kuarters untuk kakitangan  menelan belanja sebanyak RM3.58 juta dan merupakan stesen keenam di Sabah selepas  Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Kudat.
"Di bawah Rancangan Malaysia Ke -9, 14 buah pejabat/stesen meteorology baru telah dibina dan tujuh yang sedia ada telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM35.1 juta dan daripada jumlah tersebut, RM10.6 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stesen Tawau dan membina tiga pejabat baru di Keningau, Kudat dan Ranau",tambah Dr.Maximus.
Turut diadakan sempena majls itu, ialah penyampaian sumbangan daripada Jabatan Meteorologi berupa barangan keperluan harian kepada 30 orang penduduk  kurang berkemampuan (miskin) disampaikan Dr.Maximus disaksikan Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan), Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Binti Ismail, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dato'Dr.Yap Kok Seng, Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, Pengarah Pejabat Meteorologi Kota KInabalu,Abd.Malik Tussin, Pegawai Daerah Ranau, Haji Faimin Bin Kamin, Ketua Stesen Pejabat Meteorologi Ranau, Josenin Dumin bersam Ketua-Ketua/Kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri &Persekutuan dan ratusan penduduk yang hadir diserikan dengan persembahan koir daripada Kumpulan Koir Jabatan Meteorologi  Sabah pimpinan Melania Christianus mendendangkan tiga buah lagu iaitu, '1 Malaysia', 'I Am For You' dan  'Meteorologi Cemerlang'. Oleh-JN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved