ads

Rabu, 21 November 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Gelombang Tsunami Politik Semakin Terasa <b>Di Lahad Datu</b>

Posted: 14 Oct 2012 07:40 PM PDT

Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjanjikan Perubahan Politik Baru

LAHAD DATU, 13hb Oktober 2012: Gelombang Tsunami politik Sabah semakin terasa apabila Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Rakyat hari ini mengunjungi pekan kecil Lahad Datu dan mengajak rakyat  khususnya di daerah ini untuk membuat perubahan agar kehidupan mereka lebih terbela. Beliau membuat gesaan demikian di dalam amanat beliau kepada ribuan hadirin yang membanjiri Majlis Rapat Mesra bersama DSAI peringkat daerah.

Beliau juga memberi jaminan bahawa apabila Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir negeri ini, pemimpin-pemimpin Pakatan akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan agar kebajikan rakyat Sabah dibela. Ini boleh berlaku kerana kepimpinan Keadilan/Pakatan Rakyat akan diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, bertanggungjawab dan prihatin dengan masalah rakyat.
Menurut beliau lagi, pemimpin haruslah memahami kesusahan rakyat dan berusaha membantu mereka sebaik mungkin. Oleh kerana itu, beliau berjanji bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, harga minyak akan diturunkan, pendidikan dari peringkat tadika ke peringkat universiti akan diberikan percuma kepada anak-anak Malaysia, cukai eksais kereta akan dikurangkan dan pelbagai lagi dasar baru kerajaan Pakatan Rakyat akan dilaksana agar rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kekayaan negara dengan lebih adil.

Di dalam kesempatan yang sama, beberapa tokoh pemimpin tempatan menyatakan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia. 

Acara yang diadakan di Kampung Panji, Lahad Datu tersebut turut menyaksikan kehadiran lebih 5000 warga Lahad Datu dan kawasan sekitar yang memenuhi Perkarangan Hotel King Park, Lahad Datu. Sebahagian daripada mereka sanggup berdiri di bawah panas terik matahari semata-mata ingin mendengar ucapan DSAI. "Ini kalilah!" Azam mereka untuk membuat perubahan kepimpinan kerajaan sedia ada.
Rapat Mesra bersama DSAI peringkat daerah berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Jelajah DSAI ke Sabah yang dijangka bakal mencetuskan gelombang tsunami politik di Negeri di Bawah Bayu ini menjelang PRU-13 nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved