ads

Ahad, 28 Oktober 2012

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Konsert Wali Band <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 11 Sep 2012 06:37 AM PDT

KONSERT Wali Band di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau Ahad lalu bermula dengan nada kekecewaan peminatnya.  Seawal langkah memasuki stadium yang boleh memuatkan 30 ribu penonton itu terasa kosong, jauh lagi  untuk merasakan kehangatan aura Wali Band yang selalunya menghimpunkan ribuan peminatnya setiap kali konsert mereka di Indonesia.

Konsert Wali Band di Tawau begitu cincai perjalanannya…  Mujurlah Wali Band itu adalah "wakil" yang mampu menyejukkan peminatnya, kalau bukan Wali Band, sudah pasti ada insiden yang tidak diingini yang berlaku.

Apakah layanan cincai yang aku maksudkan?
Maksud cincai: Tidak sungguh-sungguh (tidak teliti, tidak rapi), sembarangan.

Penonton mula masuk ke stadium mulai 7 malam dan terpaksa menunggu lama sehingga 9.33 malam untuk menyaksikan konsert.  3 jam setengah penonton dibiar hambar, tanpa ada pengisian selingan. Diwar-warkan dalam corong radio bahawa ada persembahan pembukaan dari band tempatan, namun jangankan band tempatan, MC pun hanya bersuara jam 9.15 malam.

Kedengaran suara penonton berteriak kerana kebosanan semasa MC mula menenangkan suasana dan semakin bersahut-sahutan bila dikatakan artis dalam perjalanan ke lokasi konsert.

"Harap bersabar, Wali Band dalam perjalanan ke sini,"
"Woi dari tadi on the way nya… dari jam 8 on the way kah?,"
"Mana band openingnya…,"
"Hujan sajalah, biar ini konsert batal…,"

Pembeli Tiket VIP Rasa Tidak Berbaloi.
Selayaknya  sebuah band dari luar negara tampil istimewa di depan peminatnya kerana harapan itulah yang didambakan peminatnya.  Tiket yang tidak bercampur dengan peminat extream dibeli hanya semata-mata mahu menikmati hiburan yang diharapkan dengan sedikit rasa istimewa.

"Makcik beli tiket VIP tu sebab tidak mahu sesak-sesak, makcik minat Wali Band, makcik mahu merasakan istimewanya konsert ini,"

"Kata penganjur, kami akan dapat peluang  bergambar dan makan malam bersama artis, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,"

Kisah Wali Band Di Pentas Konsert.

13 lagu yang dipersembahkan sememangnya mengubat perasaan yang tidak menentu penonton. Sedikit demi sedikit aku perhatikan makcik yang tadinya merungut mula terpegun, tersenyum malah turut sama menyanyi (dengan sopan).

Kamu mau apalagi
Kamu mau yang gimana lagi
(emang dasar…emang dasar)Eh dasar kamu bajingan!

Emang (Memang) dasar sebagai lagu permulaan itu seakan memuaskan isi  hati penonton yang marah… Dalam hatiku berkata… memang tepat sekali pemilihannya sebagai lagu pertama dinyanyikan Faank.

Dalam mood yang mula terhibur, Faank dan Apoy sememangnya sudah mengatur untuk terus mengambil hati peminat mereka dengan aksi tersendirinya.  Mataku hanya tertumpu pada Apoy, kerana aku tahu Apoylah nadi utama Wali Band.

APOY… Nadi utama Wali Band

Sebenarnya aku tidak mengharapkan Apoy untuk beraksi lincah (seperti guitarist terkenal yang pernah berada di Tawau – King Shah (Metalasia), Man Kidal (Lefthanded), Kid-Din (Search), Joe (Wings) … tetapi aku mahu menyaksikan bagaimana dia menterjemahkan sendiri aksinya melalui lagu ciptaannya.  Gitar hijau dipetik lunak mengalunkan gabungan irama local pop creative yang menyentuh dan menambat jiwa pendengarnya.  Dan aku merasakannya…!

Ketika keyboardist, Ovie memberi ruang rehat seketika untuk Faank (vocalist), Dila bertanya kepadaku, bilalah lagu Cari Jodoh dinyanyikan. Aku tidak menjawab sebaliknya secara outomatik aku mengamati Faank, aku membandingkan dengan wataknya dalam video clip lagu Cari Jodoh. Faank juga unik, seunik perjuangannya mempertahankan band itu yang mulanya bergelar FIERA (1999).

Comercial Break (Iklan)

  1. Perlu anda tahu bahawa ibu kepada penyanyi Wali Band mengetahui keunikan Tawau dengan memberi pesan kepada anaknya, Faank, belikan ibunya gelas yang susah pecah dari Tawau.
  2. Nasi gondrong adalah hidangan simple orang Tawau yang mahu dinikmati oleh Faank sempena keberadaannya di sini.

Istimewanya Konsert Wali Band di Tawau.
 Jujur untuk aku katakan bahawa menyaksikan konsert Wali Band membuat aku seperti tidak berada di Tawau. Aku tidak menjangkakan ada lagi genre lain selain Rock yang boleh dikonsertkan di sini. Aku juga tidak menduga wujudnya peminat Wali Band yang bilangannya ramai dan tidak keterlaluan untuk aku katakan mereka ialah peminat tegar band itu.

Wali Band yang mempunyai 3 album dan satu album keagamaan (Islam) menyampaikan dakwah dalam lagunya dengan begitu berkesan sekali. Interaksi itu wujud dalam konsert dan bila aku perhatikan, peminat tegar Wali Band ini mempunyai jati diri dan identiti tepat hasil terjemahan lagu-lagunya. Tabik spring untuk Wali Band!

Pesan Wali Band, Jangan Ada Bang Toyib Di Tawau.
Sebelum ke konsert, aku telah post di status FBku dengan memperkenalkan siapakah Bang Toyib. Wali Band juga membuat pesanan yang sama, jangan jadi bang Toyib sebelum menyanyikan lagu Aku Bukan Bang Toyib.

Penganjuran Konsert Akan Datang
Kompleks Sukan Tawau, Dewan Masyarakat Tawau, Padang Bandaran Tawau adalah antara lokasi konsert yang pernah menggegarkan Tawau. Walau dihujani pelbagai kisah dan deritanya, aku tetap percaya, Tawau akan selalu menyambut kehadiran artis luar dengan baik.

Kejayaan penganjur membawa band luar negara ke Tawau ini pasti akan dikenang dan pasti tersemat satu sejarah di dalamnya. Tahniah kepada Taiko Media Sdn Bhd.

Buat penganjur yang akan datang ke Tawau, semoga kisah-kisah penulisanku mengenai konsert boleh dijadikan bahan rujukan agar konsert anda tidaklah cincai.

Tiket konsert ini ada silapnya.

Info Konsert Wali Band di Tawau
Penganjur: Taiko Media Sdn Bhd
Lokasi: Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau
Tarikh: 9 September 2012
Masa: 9.33pm – 10.45pm
Tiket: RM150 (VIP Seat) RM30 (Normal)

Playlist:

  1. Emang Dasar
  2. Nenek ku Pahlawan ku
  3. Jodi
  4. Sayang Lahir Batin
  5. Baik-baik Sayang
  6. Dik
  7. Solatullah
  8. Alifbatasa
  9. Tomat (Tobat Maksiat)
  10. Bukan Abang Toyib
  11. Yank
  12. Cari Jodoh

Sumber gambar: Sudirsuichi

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved