ads

Selasa, 16 Oktober 2012

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Insight Sabah - Tinjauan Mesra - Tinjauan mesra Najib <b>di Kudat</b>

Posted: 15 Oct 2012 01:30 AM PDT

Tinjauan mesra Najib di Kudat

PM Datuk Seri Najib Razak dan KM Sabah Datuk Seri Musa Aman bermesra dengan penduduk di Kudat.

Oleh Fizah Yusof
Gambar oleh Ille Tugimin

PM Datuk Seri Najib Razak menikmati kopi bersama dengan orang ramai di kedai tertua di Kudat iaitu Keng Nam Tong ketika melakukan tinjauan mesra di sekitar pekan.

Lebih 10,000 berhimpun di pekan Kudat untuk melihat kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melawat daerah itu yang diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Mereka tiba dengan helikopter di padang pekan Kudat pada jam 9.30 pagi dan dialu-alukan oleh orang ramai yang sudah berkumpul untuk menyambut ketibaan beliau. Gembira dengan sambutan hangat, Najib Razak kemudian mula "Tinjauan Mesra Jelajah Janji Ditepati" di pekan Kudat mana beliau bergaul dengan orang ramai dan pekedai-pekedai.

Beliau berhenti untuk menikmati kopi di kedai kopi tertua di Kudat, Keng Nam Tong, dengan pemimpin-pemimpin Cina dan ketua-ketua anak negeri. Bersama beliau minum kopi ialah Fong Hon Khiong, pemilik kedai kopi berkenaan.

PM Datuk Seri Najib Razak diiringi KM Sabah Datuk Seri Musa Aman melawat masjid lama di Kampong Ayer Kudat.

Selepas hentian itu, beliau melawat Kampong Ayer di mana beliau menjamu selera dengan penduduk kampung. Di sana, beliau berpeluang melihat  gambar-gambar lama kampung berusia 131 tahun itu. Sebelum menuju ke karnival dianjurkan untuk acara Jelajah Janji Ditepati, Najib singgah seketika untuk melihat masjid lama Kampong Ayer.
Eben Abbas

Beliau dimaklumkan bahawa penduduk yang tinggal di Kampong Ayer mahukan masjid lama mereka dibina semula. Bagi Eben Abbas, 76, masjid adalah seperti rumah kedua.

"Alangkah hebat jika Perdana Menteri kita boleh menjadikan impian kami menjadi kenyataan," katanya.
Tidak lama selepas itu, dia mendapat tahu bahawa impiannya itu akan menjadi kenyataan selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan akan memperuntukkan RM4 juta untuk membina semula masjid.
- Insight Sabah

Diterbitkan pada 15-10-2012 04:30 pm

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved