ads

Ahad, 7 Oktober 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


sabahkini.net: BN TEPATI JANJINYA <b>DI KOTA MARUDU</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:49 PM PDT


KOTA MARUDU :  Peruntukan RM120 juta oleh kerajaan bagi membina jalan berturap dan melaksanakan program Agropolitan bagi menyediakan kegiatan ekonomi dan pembangunan bagi 450 keluarga yang ditempatkan semula di Gana di sini adalah satu contoh baik Barisan Nasional menunaikan janji, kata Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata peruntukan RM60 juta bagi menaik taraf jalan lori balak dan RM60 juta lagi bagi program Agropolitan adalah "satu komitmen yang pemurah dan penyayang" bagi 3,000 penduduk di sana.
Keluarga berkenaan adalah dari 10 perkampungan yang bertaburan dalam lingkungan dan berdekatan dengan Hutan Simpan Lingkabau yang ditempatkan semula melalui Projek Pembangunan Bersepadu dan Penempatan Semula Gana pada 1997.
"Program Agropolitan membolehkan penduduk kampung menjalankan kerja-kerja penanaman getah untuk menjana pendapatan manakala jalan yang dinaik taraf akan membolehkan Gana boleh diakses dan membawa pembangunan kepada kampung-kampung berkenaan," katanya semasa majlis pecah tanah fasa keempat projek menaik taraf Jalan Talantang-Gana di sini.
Ongkili berkata peruntukan asal hanyalah untuk menaik taraf jalan lori balak sepanjang 19.7km dan oleh itu jalan berdebu sepanjang 6km menuju ke perkampungan itu kekal teruk. (Bernama)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved