ads

Rabu, 31 Oktober 2012

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


sabahkini.net: EKSPO 3-DALAM-1 <b>DI KOTA BELUD</b> 10 NOV

Posted: 31 Oct 2012 07:03 PM PDT

KOTA BELUD : Ekspo Pengajian, Kemahiran dan Kerja selama sehari akan diadakan di Dewan Tun Said pada hari Sabtu, 10 November, bermula dari jam 8.00 pagi.
Dianjurkan oleh Yayasan Kota Belud, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), ekspo itu bertujuan membawa kolej dan institusi pengajian tinggi, pusat latihan kemahiran serta majikan untuk bertemu dengan pencari kerja dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran.
"Kami memilih untuk mengadakan ekspo tiga-dalam-satu untuk memberi peluang kepada Pelajar Tingkatan Lima dan Enam, pelajar lepasan sekolah dan pencari kerja mendapat maklumat yang mereka perlukan di satu tempat,"  kata Pengerusi Yayasan Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak.
"Ini satu peluang yang baik untuk belia kita datang ke ekspo ini kerana jika tidak, mereka mungkin terpaksa mencari maklumat di tempat lain atau pergi ke  ibu negeri dan ini akan menjadi satu beban kepada mereka akibat kos perjalanan yang mahal."
Salleh berkata beliau menghargai sokongan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, terutama Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai, yang memberi sokongan melalui agensi-agensi di bawah portfolio kementeriannya.
"Saya juga gembira Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Jabatan Tenaga Kerja Sabah membantu kita sebagai rakan kongsi kerana mereka mempunyai maklumat penting yang boleh member manfaat kepada belia-belia kita," tambahnya.
"Untuk mencapai sasaran 40 peratus pekerja mahir menjelang 2020, JPK telah melancarkan SkillsMalaysia – salah satu inisiatif bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat serta menyerlah peluang-peluang dalam bidang vokasional kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan untuk menaiktaraf keberdayaan pekerja mahir sedia ada."
Sementara itu, JTK Sabah akan membantu menjalankan sesi penulisan ringkasan atau resume bagi pencari kerja serta mempamirkan dan mempromosikan kegiatan yang dapat menyokong dan membantu pekerja.
Datuk Yee Moh Chai, yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, dijangka hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis itu.
Antara yang akan membuat pameran pada Ekspo itu adalah Agensi Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia), Jabatan Perhutanan, Yayasan Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar (mempromosikan program homestay), sementara majikan yang mencari pekerja adalah Sawit Kinabalu, Sabah Softwoods, Sabah Electricity Sdn Bhd dan lain-lain lagi.
Kolej dan institusi pengajian tinggi yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Kolej Yayasan Sabah, Aseana, Segi, Sidma, Masterskills, Asian Tourism Institute, Mahsa, UMS, UMS Link, Ascot Akademi, Institut Latihan Perindustrian KK dan Institut Pertanian Sabah.
"Saya gembira melihat sokongan yang baik daripada agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta kerana perkongsian pintar di antara mereka dan Yayasan Kota Belud pasti akan melangkah jauh ke arah meningkatkan pembangunan belia kita, terutama sekali melalui penyediaan peluang-peluang pendidikan tinggi dan latihan kemahiran.
Ruangan penyertaan untuk kolej atau institusi pengajian tinggi serta majikan adalah terhad. Mereka yang berminat boleh menghubungi 016 814 0957 untuk maklumat lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved