ads

Rabu, 12 September 2012

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: APS SULAMAN BANTU PKR <b>DI TUARAN</b>

Posted: 04 Sep 2012 08:49 PM PDT

PEMBENTUKAN Jawatankuasa Penyelaras Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman yang diketuai oleh Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow akan membolehkan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tuaran pimpinan ketuanya, Haji Ansari Abdullah Ali merancang pelbagai kegiatan; terutama untuk mendekati dan meraih lebih ramai sokongan rakyat pelbagai kaum di kawasan Tuaran pada PRU-13 kelak.
Menurut Monggoh, penyatuan pimpinan pelbagai kaum di Sulaman ternyata menjadi pemangkin  terhadap sokongan  rakyat  terhadap perjuangan Pakatan Rakyat (PKR) yang terus bertambah di Kawasan Tuaran.
"Berdasarkan kepada keinginan rakyat yang begitu tinggi untuk membuat perubahan, saya merayu agar gerak kerja yang bersepadu di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat akan terus diperkuatkan lagi sejajar dengan kebosanan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN); yang hanya menunjukkan keperhatinan mereka di saat akhir menjelangnya pilihanraya umum tidak lama lagi," kata Monggoh yang bersama-sama Pengerusi APS, Datuk Seri Panglima Wilfred   Mojilip Bumburing dalam mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang tanpa izin  dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR)  di Sabah.
Beberapa siri ceramah bersama telah dianjurkan oleh APS Sulaman dan PKR Tuaran yang turut dihadiri oleh beberapa orang pemimpin dari kalangan suku kaum Lotud Tuaran yang terdiri daripada Datuk Monggoh sendiri; Bekas Ketua Cawangan UMNO Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; Bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richad Libau; Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti AKAR, Balanting Erom dan Bekas Ketua Bahagian Parti BERJAYA Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved