10 di tenom - Google Blog Search |
sabahkini.net: PEMUDA UMNO /BN <b>TENOM</b> BUAT LAPORAN POLIS Posted: 09 Sep 2012 07:07 PM PDT LAPORAN.....Jamawi yang diiringi oleh ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno dan BN Tenom menunjukkan laporan yang mereka buat di hadapan Balai Polis Tenom. TENOM: Pemuda Umno dan Barisan Nasional bahagian Tenom pagi kemarin telah membuat laporan polis berhubung tindakan biadab segelintir peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam ambang Merdeka di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mereka juga membuat laporan berasingan berhubung tindakan segelintir anak muda yang menyertai himpunan itu, mengibarkan bendera baru yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang. Laporan itu dibuat Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional bahagian Tenom Jamawi Jaafar di Balai Polis daerah Tenom di sini, kira-kira pukul 10.00 pagi. Jamawi berkata laporan itu dibuat selepas gesaan yang diterima daripada anggota pergerakan itu termasuk rakyat di kawasan ini yang begitu marah dengan provokasi melampau dan sikap biadap peserta himpunan itu. "Kita tidak mahu perkara ini berterusan walaupun pelakunya telah dikenal pesti dan ditahan bagi memberikan keterangan namun kita memohon polis membuat siasatan lanjut kerana kita bimbang ada dalang yang memperalatkan golongan muda untuk kepentingan politik mereka dan sesiatan ini selaras dengan Seksyen 336 iaitu menghina, menunjukkan isyarat lucah dan melakukan provokasi di khalayak ramai, selain Seksyen 14 iaitu kelakuan aib," katanya ketika ditemui selepas mengetuai pergerakan itu Pemuda Umno dan BN Tenom membuat laporan tersebut. Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tindakan menayang bontot ke atas gambar Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bukan sahaja jijik, biadap dan keterlaluan bahkan satu perlakuan yang tidak senonoh. "Ia satu ledakan emosi tanpa pertimbangan yang waras serta boleh menimbulkan kemarahan dan perpecahan di kalangan rakyat," katanya. Sehubungan dengan itu Jamawi turut menasihatkan agar golongan pelajar di institusi pengajian tinggi dan golongan belia di negeri ini agar tidak terikut-ikut dengan budaya liar yang bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat di Negara ini. |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan