10 di tawau - Google Blog Search |
Konsert Wali Band <b>di Tawau</b> | Puadede.Com Posted: 11 Sep 2012 06:37 AM PDT KONSERT Wali Band di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau Ahad lalu bermula dengan nada kekecewaan peminatnya. Seawal langkah memasuki stadium yang boleh memuatkan 30 ribu penonton itu terasa kosong, jauh lagi untuk merasakan kehangatan aura Wali Band yang selalunya menghimpunkan ribuan peminatnya setiap kali konsert mereka di Indonesia. Konsert Wali Band di Tawau begitu cincai perjalanannya… Mujurlah Wali Band itu adalah "wakil" yang mampu menyejukkan peminatnya, kalau bukan Wali Band, sudah pasti ada insiden yang tidak diingini yang berlaku. Apakah layanan cincai yang aku maksudkan? Penonton mula masuk ke stadium mulai 7 malam dan terpaksa menunggu lama sehingga 9.33 malam untuk menyaksikan konsert. 3 jam setengah penonton dibiar hambar, tanpa ada pengisian selingan. Diwar-warkan dalam corong radio bahawa ada persembahan pembukaan dari band tempatan, namun jangankan band tempatan, MC pun hanya bersuara jam 9.15 malam. Kedengaran suara penonton berteriak kerana kebosanan semasa MC mula menenangkan suasana dan semakin bersahut-sahutan bila dikatakan artis dalam perjalanan ke lokasi konsert. "Harap bersabar, Wali Band dalam perjalanan ke sini," Pembeli Tiket VIP Rasa Tidak Berbaloi. "Makcik beli tiket VIP tu sebab tidak mahu sesak-sesak, makcik minat Wali Band, makcik mahu merasakan istimewanya konsert ini," "Kata penganjur, kami akan dapat peluang bergambar dan makan malam bersama artis, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," Kisah Wali Band Di Pentas Konsert.
Emang (Memang) dasar sebagai lagu permulaan itu seakan memuaskan isi hati penonton yang marah… Dalam hatiku berkata… memang tepat sekali pemilihannya sebagai lagu pertama dinyanyikan Faank. Dalam mood yang mula terhibur, Faank dan Apoy sememangnya sudah mengatur untuk terus mengambil hati peminat mereka dengan aksi tersendirinya. Mataku hanya tertumpu pada Apoy, kerana aku tahu Apoylah nadi utama Wali Band. Sebenarnya aku tidak mengharapkan Apoy untuk beraksi lincah (seperti guitarist terkenal yang pernah berada di Tawau – King Shah (Metalasia), Man Kidal (Lefthanded), Kid-Din (Search), Joe (Wings) … tetapi aku mahu menyaksikan bagaimana dia menterjemahkan sendiri aksinya melalui lagu ciptaannya. Gitar hijau dipetik lunak mengalunkan gabungan irama local pop creative yang menyentuh dan menambat jiwa pendengarnya. Dan aku merasakannya…! Ketika keyboardist, Ovie memberi ruang rehat seketika untuk Faank (vocalist), Dila bertanya kepadaku, bilalah lagu Cari Jodoh dinyanyikan. Aku tidak menjawab sebaliknya secara outomatik aku mengamati Faank, aku membandingkan dengan wataknya dalam video clip lagu Cari Jodoh. Faank juga unik, seunik perjuangannya mempertahankan band itu yang mulanya bergelar FIERA (1999). Comercial Break (Iklan)
Istimewanya Konsert Wali Band di Tawau. Wali Band yang mempunyai 3 album dan satu album keagamaan (Islam) menyampaikan dakwah dalam lagunya dengan begitu berkesan sekali. Interaksi itu wujud dalam konsert dan bila aku perhatikan, peminat tegar Wali Band ini mempunyai jati diri dan identiti tepat hasil terjemahan lagu-lagunya. Tabik spring untuk Wali Band! Pesan Wali Band, Jangan Ada Bang Toyib Di Tawau. Penganjuran Konsert Akan Datang Kejayaan penganjur membawa band luar negara ke Tawau ini pasti akan dikenang dan pasti tersemat satu sejarah di dalamnya. Tahniah kepada Taiko Media Sdn Bhd. Buat penganjur yang akan datang ke Tawau, semoga kisah-kisah penulisanku mengenai konsert boleh dijadikan bahan rujukan agar konsert anda tidaklah cincai. Info Konsert Wali Band di Tawau Playlist:
Sumber gambar: Sudirsuichi |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan