ads

Isnin, 17 September 2012

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing <b>di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 10:08 PM PDT

Apabila saya menyebut Semporna, pasti ramai yang terbayang dengan pulau dan tempat peranginannnya yang cantik. Tapi, tahukah anda bahawa Semporna menghadapi kemelut catuan bekalan air bersih? Semacam tidak rasional di pendengaran,apabila masalah bekalan air bersih yang merupakan masalah biasa di Negara Dunia Ketiga turut dirasai di daerah Semporna yang terkenal dengan keindahan pulaunya di mata dunia.Tambahan pula,ianya terletak di sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia.

Di kawasan pekan Semporna khususnya Bandar Utama,air akan dibekalkan setiap hari mengikut tempoh tertentu. Di kawasan ini, tiada air sebelum 8 pagi, antara 12 tengah hari sehingga 3 petang dan juga selepas 8 malam. Namun begitu, seringkali berlaku tidak terdapat bekalan air pada waktu yang sepatutnya air dibekalkan. Selain itu, penggunaan pam air juga seolah-olah menjadi kewajipan di setiap premis di pekan ini disebabkan oleh tekanan air yang rendah sewaktu air bersih dibekalkan.

Malahan, di sesetengah kawasan di daerah Semporna seperti Bugaya, catuan air yang lebih teruk dilakukan. Air bersih hanya dibekalkan 3 hari seminggu (Rabu, Sabtu, dan Ahad) dari jam 3 petang sehingga 9 malam sehingga slogan "1 Rumah 1 Perigi" amat sesuai untuk penduduk di kampung ini memandangkan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu perigi bagi menampung masalah kekurangan bekalan air bersih,walau pun mereka terpaksa menggunakan air perigi yang masin.

Kami sedar akan peranan penting dan tanggungjawab sosial yang mampu dimainkan oleh pihak media hari ini yang telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah rakyat dengan membawa masalah mereka ke tengah masyarakat .Dengan itu,selaku warga tempatan di sini,kami mengambil keputusan untuk meminta kerjasama pihak media bagi mendedahkan hal ini kepada umum.Kami berharap agar tindakan ini mampu membuka mata pihak yang berwajib agar segera mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Maka, kami sangat mengharapkan kerjasama pihak media untuk membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini kerana keadaan catuan air bersih ini telah merencatkan aktiviti seharian penduduk tempatan serta menyebabkan keadaan rakyat tempatan yang majoritinya golongan berpendapatan rendah semakin terhimpit.Kami turut bersedia untuk memberi sebarang kerjasama yang diperlukan oleh pihak media untuk tujuan ini.Sebarang kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam mengatasi masalah ini pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: Arnida Abdullah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved