ads

Isnin, 17 September 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Prof. Marine Mikat: Definisi Murut Tahol Sepulut <b>Nabawan</b> Sabah

Posted: 05 Sep 2012 04:33 AM PDT

Murut Tahol

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, suku kaum Murut adalah suku kaum pribumi Sabah yang tinggal di daerah Tenom, Keningau, Sipitang, Pensiangan, dan Nabawan. Kegiatan utamanya adalah menanam padi huma, berburu dan memungut rotan, madu lebah dan damar. Mereka tinggal di rumah panjang dan hidup dalam keluarga yang besar.

      Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sapulut, Rundum, dan Sipitang. Berikut dipaparkan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Murut di Sabah. Murut Tahol atau lebih di kenali sebagai Murut Tagal tinggal di kawasan pedalaman Daerah Nabawan yang hampir dengan kawasan Kalimantan Indonesia.

Sepulut

Sapulut berada dalam Daerah Nabawan. Sapulut terletak di sepanjang Sungai Sapulut. Sapulut terletak berdekatan dengan Gunung Antulai (1,713 meter). Kawasan yang hampir dengan Sapulut adalah Batu Punggul iaitu sebuah kawasan peranginan. Kaum yang mendominasi Sapulut adalah dari kaum Murut Tahol. Sepanjang Sungai Sapulut terdapat banyak kampung-kampung di bahagian kiri dan kanan. Mereka mendirikan petempatan di sepanjang sungai Sapulut.

Nabawan terletak di Pedalaman Sabah iaitu di bahagian Pantai Timur kepulauan Borneo. Populasi penduduk dianggarkan seramai 23,890 orang pada tahun 2000 dan kebanyakannya daripada etnik Murut. Daerah Nabawan meliputi kawasan 6089 km. Terletak di bahagian Selatan Sabah dan bersempadan dengan Tawau dan Kinabatangan di bahagaian Timur manakala Keningau dan Tenom di bahagian Barat Sabah. 

Menurut Ismaily Bungsu (1995:29-30), Sabah mempunyai ruang seluas 27,500 km persegi, di kelilingi oleh pantai sepanjang 1440 dari Sipitang ke Tawau. Berjiran dengn Filipina di sebelah Utara dan bersempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia, Brunei dan Sarawak di sebelah Selatan. Sabah mempunyai 31 etnik kaum dan mempunyai 80 dialek selain Bahasa Melayu.

        Mengikut pendapat Lee Yong Leng (1982:1), Borneo utara iaitu negeri Sabah terletak d bahagian utara Pulau Borneo. Seluruh wilayahnya terletak dalam kawasan tropika, garis lintang 3 42' U di Puncak Sungai Padas ke 7 2'U di Semenajnung Kudat. Pulau ini meruncing ke bahagian Utara. Sehingga tidak ada satu pun tempat di sabah yang jauhnya luas saeratus batu dari laut.

        Negeri Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatanterletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved