ads

Isnin, 17 September 2012

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: PREMIS HIBURAN <b>DI KENINGAU</b> TIDAK TERKAWAL

Posted: 15 Sep 2012 01:30 PM PDT


PERTAMBAHAN Pusat  Hiburan, terutama karaoke di daerah Keningau seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana seolah-olah tiada sebarang kawalan daripada pihak berkuasa.
Mungkin juga pihak berkuasa hanya menutup sebelah mata setelah mendapat habuan; apatah lagi hampir kesemuanya beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan menjual minuman keras yang popular dengan gelaran 10:3.
Luahan perasaan oleh ibu bapa serta para ketua badan keagaaman di daerah ini amat perlu diberi perhatian serius. Mereka mempersoalkan kenapa tiada sekatan yang dikenakan kepada pengusaha-pengusaha pusat hiburan setelah pembukaan pusat hiburan seolah-olah tidak memerlukan lesen atau permit.
Andaian ini berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Premis-premis mencuci kenderaan, bengkel membaiki kenderaan, malah rumah-rumah persendirian  juga tidak kurang banyaknya telah diubah suai untuk dijadikan pusat-pusat hiburan.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan pusat hiburan ini dijaga oleh beberapa orang wanita tempatan yang turut menjadi GRO dan 'Mummy' tanpa perlu mendapat lesen daripada Majlis Daerah Keningau, Pejabat Daerah Keningau, Jabatan Kastam dan PDRM?
Lebih menguatkan andaian atau persepi buruk ialah ramai di kalangan pengunjung pusat hiburan ini adalah penjawat awam seperti pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Kastam, anggota PDRM serta guru-guru.
Jadi sekiranya  belum mendapat lesen, mengapakah penjawat awam berkenaan termasuk pihak penguatkuasaan tidak segan silu mengunjungi pusat hiburan berkenaan?
Adakah mungkin kerana ada unsur-unsur salahguna kuasa atau rasuah dari segi kebendaan atau pun rasuah seks? Di mana sudah letaknya Integriti penjawat awam?
Sewajarnya, sebelum menjadi bertambah parah, Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau, Jabatan Kastam dan PDRM mengambil tindakan drastik dengan menutup dan menyita premis berkenaan yang menjalankan kegiatan tanpa lesen atau belum mendapat lesen beroperasi.
Agak menyedihkan ialah kehadiran ramai guru di premis berkenaan kerana mereka dikesan sebagai golongan paling ramai mengunjungi premis berkenaan sehinggakan telah menjadi bahan guruan yang mengatakan, "kalau dilemparkan batu di kalangan  orang yang asyik meneguk bir atau yang menari mengikut alunan lagu 'Tanak Kampung' maka sudah pasti akan terkena seorang guru."
Mungkin agak menghairankan dan sukar dipercayai jika seorang guru sanggup minum alkohol sehingga jam tiga subuh boleh melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa pada keesokan harinya dengan sempurna?
Kata orang Keningau, guru berkenaan masih 'Kogutan' bah kerana lazimnya beliau akan meminta cuti sakit. Maka maka tidak hairanlah jika prestasi peperiksaan di kalangan murid-murid di daerah ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang memberansangkan, malah menunjukkan teladan yang tidak baik kepada murid.
Manakala anggota PDRM yang selama ini diharap menguatkuasakan undang-undang, sebaliknya menyuburkan kegiatan tidak bermoral ini kerana mereka sering menyalahguna kuasa sehingga rakyat umum Keningau meminjam kata-kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri".
Tidak berapa lama dulu kita dikejutkan dengan kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai atasan penguatkuasa undang-undang di daerah ini terlibat dalam kes-kes jenayah. Adakah gejala ini antara lainnya disumbangkan oleh masalah tersebut di atas?
Namun realitinya, keadaan sekarang telah terbukti menyumbangkan banyak permasalahan sosial dan kes jenayah di daerah ini. PDRM Keningau mungkin boleh memberi statistik yang tepat mengenai kes jenayah yang berpunca daripada si pelaku itu dipengaruhi oleh minuman alkohol
Kes-kes seperti rogol, pencabulan maruah dan pergaduhan sehingga membawa maut juga menunjukkan peningkatan. Begitu juga keresahan Mahkamah Anak Negeri Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Keningau yang menangani kes masalah rumah tangga dan keruntuhan akhlak yang berlipat kali ganda bilangannya.
Oleh yang demikian penulis mendapat saranan daripada orang yang amat perhatin mengenai masalah ini seperti berikut:-
-Adakan operasi bersepadu mengejut yang dianggotai oleh beberapa agensi pihak Penguatkuasa.
-Majlis Daerah Keningau (MDK) perlu mewujudkan kuota bilangan pusat-pusat hiburan di daerah ini.
-Pihak Penguatkuasa seperti MDK, Pejabat Daerah, PDRM dan Jabatan Kastam perlu mengambil tindakan tegas untuk menutup dan menyita mana-mana premis hiburan yang belum mendapat lesen atau permit. (No fear or favour)
-Jabatan Pelajaran perlu melakukan pemantauan aktiviti guru-guru selepas masa  mengajar khususnya yang mengunjungi premis-premis hiburan dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas guru-guru berkenaan.
-Libatkan Mahkamah Anak Negeri /Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dalam  operasi bersepadu.
-Bagi pembaca yang sependapat dengan saya, sama-samalah kita tunjukkan     teladan yang baik kepada anak-anak kita.
Perkara yang paling penting ialah memperkukuhkan pengetahuan agama masing-masing kepada ahli keluarga kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved