ads

Khamis, 16 Ogos 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BOXER KEDUT: Dejamoss <b>di Kinabatangan</b>. episod 1

Posted: 11 Jul 2012 07:08 AM PDT


"Kelepap.kelepap.kelepap".

perlahan setitis demi setitis saki baki hujan menghempap atap zink jamban Pak Wahid Kordoba. Zink yang sudah lama tidak ditukar.masih berfungsi menghalang mat mat rempit kampung dari mengendap Pak Wahid membuang najis berat.

namun begitu Pak Wahid masih lagi alert dengan situasi semasa.
Tatkala tangan kirinya erat memegang getah paip.
tangan kanannya pula utuh memegang tuala.
Matanya liar memandang celah-celah lubang zink dan struktur kayu jamban.
Mana tahu ada mata yang sedang memerhati.

"Oh.Malam ini clear.
Gamaknya mat mat rempit pergi i-City"

desus hati Pak Wahid. Lega.


"Kelepap.keletus.kelepap"

bunyi kelepap hujan tadi mengingatkan kembali memori kuno Pak Wahid.
memori pada kekasih lamanya satu ketika dahulu - Kadijah Musa.
Ya.
Kadijah Musa.
Ratu kebaya sepanjang zaman Kampung Kinabatangan.
Menangnya Kadijah sebagai ratu bukanlah kerana dia lawo.
Tapi lebih kepada faktor yang mana ayahnya sendiri.
yakni Tok Ketua Musa yang menjadi ketua juri tiap-tiap tahun.
Dimaki orang kampung pun.
Tok Ketua Musa buat bodo saja.

"Blah la Tok Ketua!
 Cutting moyang saya lebih kemas lah dari anak Tok!"

"Nak menang tiap taun tayah buat tanding lah Tok!
 buat saja pameran!"

"Tok ni pesen pesen fan man u lah Tok!
 Semua nok menang belaka!"

celah orang kampung sebaik Kadijah diumum menjadi ratu beberapa tahun lepas.
namun seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
Tok Ketua Musa tetap takabur seperti biasa.

Kiranya Tok Ketua Musa dengan presiden FAM.
sama saja teging kepala otak mereka.
dipuji bangga ya amat.
ditegur buat muka palat.


"Shruhhhhh.Shruhhhhhh
 Srot.srott.Shruhhhhhh"

belum sempat Pak Wahid mengimbas memori.
tangan beliau lebih bingkas untuk berisitinjak.
bimbang juga beliau kalau-kalau mat rempit dah balik dari I-City.

Tuala polkadot sepuluh ringgit pasar malam disarung molek.
meninggalkan hanya bahagian dada yang berkemban.
Kaki disusun keluar jamban.


Tiba-tiba hilai tawa menyeringai di seberang telinga Pak Wahid.
bahunya terasa disentuh dengan telapak tangan.
dingin.sedingin mayat usai dikafan.
bulu romanya terus meremang.
Jangankan bulu roma.
bulu betis.bulu pubis. Semua meremang sama.

Malam Pak Wahid kini bertukar cerita...

(bersambung esok.kalau rajin)

4 maut bas terbabas <b>di Kinabatangan</b> | Berita Di Malaysia

Posted: 15 Aug 2012 07:46 PM PDT

KINABATANGAN: Empat penumpang bas ekspres dilaporkan maut apabila kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian di Kampung Paris di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Bas sewa khas berkenaan dipercayai membawa pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dari Kota Kinabalu ke Tawau.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved